Thursday, October 31, 2013

Mikrob , Kultur Dan Baja Soya


    Okey..sikit lg tentang penggunaan M&K dan cara menggunakannya... :) Mudah je cara nak guna.. Vin ada video tutorial nya kat sini. Kat bawah ni ada sedikit info tentang cara2 menggunakan M&K dan baja soya dengan betul...

Info Terkini: Cara-cara Menggunakan M&K dan Baja Soya dengan betul。

Walaupun ramai amat berpuas hati dengan penggunaan M&K pada pokok bunga mereka, namun sebilangan masih menghadapi kesulitan dimana ros mereka tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap aplikasi tersebut. Ini mungkin disebabkan tanah atau media tanaman yang digunakan sudah ketandusan nutrien. Oleh itu adalah penting pengguna M&K tukar tanah di pasu terlebih dahulu sebelum melakukan aplikasi. cara campur tanah dalam pasu adalah seperti berikut.:

Tanah Kompos asli yang tidak mengandungi sebarang garam amat digalakkan. Kemudian campurkan dengan coco peat. Pastikan kedua-dua media campuran itu sama nisbahnya...1:1. selepas itu, masukkan M&K sekali gus dan gaulkan sehingga sebati. 

Dos bagi pokok bunga di pasu dan di tanah adalah berbeza disamping saiz pokok. Bagi aplikasi di pasu, pokok kecil hanya perlukan secubit kultur dan mikrob manakala pokok besar yang tak melebihi 5 kaki perlukan setengah sudu kultur dan mikrob.

Aplikasi bagi pokok yang agak besar di tanah memerlukan kuantiti yang agak banyak, contohnya pokok kelapa sawit yang sudah tiga tahun itu perlukan 125g kultur dan 125g mikrob.

Bagi penggunaan baja soya pula, baik gunakan sebulan sekali kerana baja soya jenis Eropah sungguh berkesan, tiga kali ganda daripada tahi ayam. Jadi penggunaannya adalah seperti berikut:

pasu kecil dan pokok yang masih kecil dua hingga tiga biji manakala pokok besar secamca teh. bagi aplikasi di tanah, sesudu untuk sepohon pokok yang sudah lima kaki tingginya. lakukan sebulan sekali.

Amaran: Sekiranya anda mendapati daun pokok bunga anda mula menunjukkan simpton simpton yang agak luar biasa seperti daun melengkung ke bawah, ini bermakna baja soya sudah berlebihan. Berhenti menggunakan sehingga daunnya kembali normal, lepas tu barulah mulakan aplikasi seterusnya. 

    Contoh tanaman bunga & sayur2an yang Vin tanam.... sihat2..gemuk2...cantik2... geram betul 

Mrs JG tengok... Bila la pokok bunga Mrs JG nak jadi camni ye??





Friday, October 25, 2013

Suri Suka Tanam Pokok Bunga, Sayur


      SURI SUKA TANAM POKOK BUNGA, SAYUR.. Apa tu???

     Haa... ini la group yg Mrs JG join kat fb... best group ni sbb dlm ni Mrs JG dpt belajar banyak ilmu menanam pokok dr kawan2 yg tak kedekut nak berkongsi ilmu... Antara yg banyak kongsikan ilmu ialah Vin Esgkuching Esg, Roscobbage Mak Jah, EM Nursery dan Stevia Healthysweetness. Mereka2 ni la yang suka bagi pelbagai tips dan nasihat utk orang2 yang kurang pakar macam Mrs JG ni....

Ni petua & tip dr Mak Jah & Vin;

Kultur dan Mikrob


Ramai pelanggan yang masih tertanya-tanya apakah itu kultur dan mikrob. Sebenarnya kultur merupakan mikroorganisma yang diperlukan oleh segala jenis tumbuhan agar tumbuh dengan subur dan bebas daripada serangan penyakit yang sukar diubati dengan semburan racun perosak. Kultur yang sekadar secubit itu memang mampu membiak dan merebak ke dalam tanah, justeru dia bertindak sebagai penyubur tanah dengan menarik segala nutrien yang ada dalam tanah ke akar pokok. Mikroorganisma yang melekat di akar pokok bunga akan sentiasa membekal nutrien kepada pokok bunga agar sentiasa kelihatan malar hijau serta berbunga lebat.

Mikrob pula merupakan elemen sampingan yang amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan agar masalah kekuningan daun atau daun menjadi kerinting dapat diatasi. Selain itu, mikrob juga membantu mengatasi masalah tumbuhan terbantut. 

Kedua-dua jenis bahan organik ini boleh diguna sama ada dicampur ke dalam media tanaman atau dibubuhkan dipermukaan tanah. Anda tidak perlu risau akan masalah daun pokok bunga melecur kerana kedua-dua bahan tersebut bukan bahan kimia tetapi berasaskan organik. Oleh itu, formula terbaru ini sesuai digunakan untuk tanaman sayur.

Mikrob dan Kultur hanya perlu digunakan sebulan sekali dengan kadar secubit untuk sepasu. Selepas sebulan, anda boleh bubuh lagi untuk mendapat kesan maksimum supaya kesuburan tanah sentiasa terpelihara. Untuk kesan yang lebih menakjubkan, anda boleh tambahkan mana-mana jenis baja yang anda gemar sama ada baja kimia atau baja organik seperti baja kacang, dan baja humus. Elakkan penggunaan tahi ayam kerana banyak masalah seperti koya putih, kutu daun, tompok hitam dan sebagainya muncul.

Apakah kesan selepas menggunakan mikrob dan kultur?

- Anda akan mendapati akar pokok tumbuh dengan sihat, daun yang hijau perlahan-lahan bertukar menjadi hijau, daunnya sayur-sayuran lebih besar dan sihat serta pengguna racun serangga semakin kurang.

Mengapakan kultur lebih mahal dari mikrob?
- Kultur adalah hasil kajian yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya serta penghasilannya memakan masa yang agak panjang serta pemprosesannya amat rumit. Ini ditambah dengan kos import dan penghantaran yang kini melampung tinggi.

Adakah mikrob dan kultur selamat untuk kita semua?

- 100% selamat tanpa memberi sebarangan kesan negatif kepada kesihatan kita.
     Kat bawah ni gambar yg menunjukkan bunga ros yg telah diberikan M&K..kalau tak silap gambar ni dr Ida Rul... tengok basal break @ tunas baru naik tu..menjadi2 kan... :)

     Ni tanaman ros Mak Jah....menjadi sungguh...jeles Mrs JG tengok....

                Ni plak ialah si Vin...nama sebenar tak dapat dikenalpasti...kenal ngan nama fb je..  :)

                   dan ini pulak tanaman sayur & pokok bunga Vin...gemuk2...geram tengok kan.....


Lepas Mrs JG wat komen kat atas tu..si Vin ni pun dengan sukacitanya membuat satu video utk kami semua...cara2 penggunaan kultur & mikrob.....nak tengok cara2 nya..gi la kat sini dan juga sini.




Thursday, October 24, 2013

Tip Untuk Ibu Bapa


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat - إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU kami memohon pertolongan..".
mintalah apa2 hajat pd masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


2. Pandang wajahnya semasa dia tidur. Ucapkan bahawa, ibu nak ........(nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. 
Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.


3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.


4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.


5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.


6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.


7. Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat2 cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam drama pun boleh .


8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]


9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Kalau Allah tak sayang, manusia pasti tak akan suka.


10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku (sebut nama mereka).....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
 


Wednesday, October 23, 2013

Bahaya Telur Tidak Dibasuh



TELUR PUNCA MAKANAN KOTOR DAN MEMBAWA PENYAKIT


     Telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasak ke dalam makanan. Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.

     Begitu juga pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak. Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik dipecahkan.

     Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam. Hal initelah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat.

Saturday, October 12, 2013

Amalan Pemakanan Garam Dalam Islam

Santau dapat di halang dgn MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W. Kita Disogok dgn fakta palsu - Ambik garam lbh blh kena drh tinggi (Ini protokol yahudi)Back to cara hidup nabi... 

    Sblm mkn nabi letak secubit grm di lidah utk elak santau dan tapis mknn yg akn di mkn... Sampai di tempat baru...nabi ambik grm dlu utk sesuaikan hormon tbh di tempat baru... Utk ubat penyakit rohani.. 

    Air perlu di campur garam terutama sihir dan santau...knp? Allah dh cipta grm adalah penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan jga penarik unsur2 negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam utk bersih rumh atau pagar umh perlu tabur grm di sekeliling umah. Grm jga unsur yg blh balance balik sistem tubuh kita...ini sunnah kita... Tp grm blh jd rosak apabila dimasak atau bertindakbls dgn suhu tinggi/pns.mksdnya klu nk msk... Guna grm bukit dan jgn bubuh grm masa makanan gelegak atas dapur.tutup api dan biar suhu turun dulu.baru letak garam...kita panggil bubuh grm atas darat mcm org arab buat... Bubuh grm masa nak mkn. Sbb?grm ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lbh..klu pns grm hnya tinggal sodium.potassium rosak dlm suhu panas.sbb tu kena darah tinggi. Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dn dletakkn ke lidah bhgian depan. Ianya akn mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam. 


     Khasiat Garam dalam Perubatan Islam Ini ada beberapa petua penggunaan dan khasiat garam. 
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya.Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi). 
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga. 
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas. 
4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam. 
5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan. 
6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal. 
7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya. 
8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam. 
9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. 
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi. 
11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi.

     Perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta garam laut. Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk tubuh kita. 

     .Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida. Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. Garam adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan manusia. Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan garam-garam ini berbeza. 

    Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung. Ia sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi 99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini untuk masakan. 

    Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih. 

     Garam bukit (seperti gambar) pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya. Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain. Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. Garam bukit asli ini juga boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini terdapat banyak pencemaran. 

    Terdapat satu senario jenis garam yang terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit' tetapi yang peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada beza dengan garam putih biasa. Agak melucukan mengatakan ia adalah garam asli. Sebenarnya ia bukan jenis yang berbeza tetapi sama dengan garam putih. Dakwaan sebegini adalah salah satu strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada dari lautan atau gunung. Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'. Jika ia benar-benar garam asli yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya tidak seputih sedemikian rupa. Jadi, ia sudah pasti diproses secara keterlaluan. Hari ini, berbagai helah telah digunakan oleh pengeluar untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagai pengguna, kita perlu bijak mendapatkan informasi terkini dan menyelidik apa agenda di sebalik semua dakwaan itu.