Okey..sikit lg tentang penggunaan M&K dan cara menggunakannya... :) Mudah je cara nak guna.. Vin ada video tutorial nya kat
sini. Kat bawah ni ada sedikit info tentang cara2 menggunakan M&K dan baja soya dengan betul...
Info Terkini: Cara-cara Menggunakan M&K dan Baja Soya dengan betul。
Walaupun ramai amat berpuas hati dengan penggunaan M&K pada pokok bunga mereka, namun sebilangan masih menghadapi kesulitan dimana ros mereka tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap aplikasi tersebut. Ini mungkin disebabkan tanah atau media tanaman yang digunakan sudah ketandusan nutrien. Oleh itu adalah penting pengguna M&K tukar tanah di pasu terlebih dahulu sebelum melakukan aplikasi. cara campur tanah dalam pasu adalah seperti berikut.:
Tanah Kompos asli yang tidak mengandungi sebarang garam amat digalakkan. Kemudian campurkan dengan coco peat. Pastikan kedua-dua media campuran itu sama nisbahnya...1:1. selepas itu, masukkan M&K sekali gus dan gaulkan sehingga sebati.
Dos bagi pokok bunga di pasu dan di tanah adalah berbeza disamping saiz pokok. Bagi aplikasi di pasu, pokok kecil hanya perlukan secubit kultur dan mikrob manakala pokok besar yang tak melebihi 5 kaki perlukan setengah sudu kultur dan mikrob.
Aplikasi bagi pokok yang agak besar di tanah memerlukan kuantiti yang agak banyak, contohnya pokok kelapa sawit yang sudah tiga tahun itu perlukan 125g kultur dan 125g mikrob.
Bagi penggunaan baja soya pula, baik gunakan sebulan sekali kerana baja soya jenis Eropah sungguh berkesan, tiga kali ganda daripada tahi ayam. Jadi penggunaannya adalah seperti berikut:
pasu kecil dan pokok yang masih kecil dua hingga tiga biji manakala pokok besar secamca teh. bagi aplikasi di tanah, sesudu untuk sepohon pokok yang sudah lima kaki tingginya. lakukan sebulan sekali.
Amaran: Sekiranya anda mendapati daun pokok bunga anda mula menunjukkan simpton simpton yang agak luar biasa seperti daun melengkung ke bawah, ini bermakna baja soya sudah berlebihan. Berhenti menggunakan sehingga daunnya kembali normal, lepas tu barulah mulakan aplikasi seterusnya.
Contoh tanaman bunga & sayur2an yang Vin tanam.... sihat2..gemuk2...cantik2... geram betul
Mrs JG tengok... Bila la pokok bunga Mrs JG nak jadi camni ye??
No comments:
Post a Comment