TELUR PUNCA MAKANAN KOTOR DAN MEMBAWA PENYAKIT

Telur
yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum
dipecahkan untuk dimasak ke dalam makanan. Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam
makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga
mengundang penyakit keracunan Salmonella.
Begitu juga pastikan telur yang dibeli
tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak.
Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk
sebaik dipecahkan.
Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam
dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan
keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam. Hal
initelah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika
Syarikat.
No comments:
Post a Comment