Wednesday, February 12, 2014

Roti Keju Berbawang


ROTI KEJU BERBAWANG

Bahan:
Resepi doh asas
  • 250 tpg roti/gandum
  • 1 1/2 sudu tpg susu
  • 5gm yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 sudu marjerin/shortening/butter
  • 2 sudu besar gula halus
  • 3/4 dr sebiji telor ( dipukul terlebih dahulu dan dicampur sedikit garam)
  • 1/2 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil bread softner
  • 120ml air sejuk (ais)
Cara :

  • Campurkan bahan kering dahulu kemudian masukkan telur yang dipukul, marjerin dan air sejuk
  • Pukul guna mixer atau uli tangan selama 30 minit sehingga benar2 elastik dan lembut.
  • Bila doh sudah cukup elastik,tutup roti dengan plastik dan perap 45-1jam bergantung pada tahap kepanasan (boleh letak dlm oven 30C selama 45 minit)
  • Panaskan oven suhu 170C atau 160C selama 10 minit terlebih dahulu.
  • Tumbuk2 doh dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan sebelum dibakar di glis dengan baki telur yang dicampur sedikit susu segar.
  • Bakar pada suhu yang dinyatakan dlm 17-25 minit.

  


Kek Swiss Roll

KEK SWISS ROLL
Resipi : Tahrunnisah Jali
 
Bahan B:


  • 3 biji putih telur
  • 2 st gula icing
  • 1 st perahan lemon @ 1 st cream of tartar 
Cara :
  • Putih telur dipukul hingga kental(putih telur ni kalau boleh jangan ada sikit pun kuning telor atau bahan2 lain mcm air ke pada bekas kerana nanti tak jadi merigue).
  • Kemudian masukkan gula aising dan 1 sudu perahan lemon ( cream of tartar) dan pukul hingga bertanduk.
**pastikan bekas bersih dan kering dr apa2 ye...sbb jika ada campuran benda lain nanti hasil tak bertanduk.(merigue)

Bahan A


  • 3 biji telur kuning
  • 80gm tepung gandum (diayak) 
  • 1 st esen vanila
  • 75gm gula kaster
  • 50ml air
  • 40ml minyak jagung
Cara :
  • Pukul telur dan gula hingga kembang.
  • Kemudian masukkan bahan2 lain dan pukul lagi sehingga gebu. 
Cara Membuat Lakaran/ Corak
  • Gliss kan mentega pada loyang pembakar.
  
  • Bahan A dan Bahan B yang dah siap di pukul.
  • Masukkan seseduk bahan B tadi ke dalam bahan A dan guna kaedah kaup balik perlahan2.
  
  • Masukkan ke semua bahan B tadi ke dalam bahan A.
  • Kaup balik biar sekata semuanya.(pastikan kaup perlahan2)
  • Bila sudah sebati dan kelihatan gebu, kaup perlahan2. (jangan terlbih kacau nanti kek jadi padat) 
  
  • Kemudian ambil 2 sudu setiap bahagian dan letak dlm mangkuk kecil.
  • Warnakan dan masukkan dlm plastik mcm gambar diatas.
  • Gliss permukaan loyang dan letak kertas minyak yang permukaan dilukis diterbalikkan ke bawah.
  
  • Dah letak kertas minyak tu. ( *cara saya malas nak lukis balik pada kertas minyak. Kertas A4 yang saya lukis tadi letak di bawah dan letak kertas minyak kat atas kertas A4 tadi.
  • Kemudian gliss semula permukaan kertas minyak tadi dgn mentega supaya kek nanti tak melekat pada kertas minyak.
  
  • Gunting sedikit hujung plastik yang dah diwarnakan dan lukis ikut gambar tadi.
  • Bakar sekejap 1 minit/2 minit pada suhu 170 C api atas bawah. (sblm tu panaskan dulu oven dlm 10 minit baru masukkan loyang)
  • Keluarkan dr oven dan letak lebihan adunan tadi dan ratakan elok2.(pastikan jangan terlalu tebal, dlm 1cm atau 1 1/2 cm sahaja sbb masa bakar nanti kek ni akan naik)
**Lebihan adunan  boleh buat dlm loyang lebih kecil lagi..insyaallah hasil gulungan tak patah.

  

  • Ratakan batter tadi perlahan2 ye.
  • Bakar pada suhu 180 C dlm 12 -15 minit.
  
  • Setelah siap bakar terbalikkan atas redai dan biarkan ia sedikit sejuk.
  • Bila sudah sejuk, tarik kertas minyak tadi perlahan2.
  • Setelah ditarik, terbalik kan pula kek ni atas kertas minyak. (permukaan yg ada bunga2 tu dibawah)
  • Letakkan filling kegemaran masing2.
  
  • Sapukan Nutella sebelum disapu whipping cream yg dipukul kental atasnya dan ratakan.
  
  • Gulung dgn berhati2 dengan menggunakan kertas minyak untk menggulung sambil dipadatkan sikit.
  
  • Gulungkan sampai habis.(lebihan whipping cream yang terkeluar semasa gulungan alihkan dlm bekas lain).
  • Simpan dalam fridge hingga krim keras sedikit supaya cantik bila dipotong.



Tuesday, February 11, 2014

Mentega Madu

MENTEGA MADU
honey butter ambrosia

Bahan2 :
  • 1 cawan madu
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan heavy cream
  • 340 gm mentega
  • 1 st vanilla
Cara2:
  • Dalam periuk kecil, campurkan gula, krim dan madu dan kacau atas api sederhana hingga mendidih lebih kurang 1 minit.
  • Masukkan mentega dalam pengisar dan tuangkan campuran madu yang masih panas ke dalam mentega.
  • Kisar hingga bergaul sebati.
  • Masukkan vanila dan kisar lagi.
  • Tuangkan dalam bekas kaca, tutup dan simpan dalam fridge.