Tuesday, August 19, 2014

Ungkapan Di Awal Perkahwinan

BismillahhirRahmanirRahim
Ungkapan di awal perkahwinan
"Jika ada sikap saya yang awak tidak suka, awak cakaplah baik-baik. Jika ingin merajuk pun, beritahu saya apa yang buatkan awak merajuk tu. Senang saya nak pujuk.

[Merajuk itu kekadang tidak dapat ditahan. Memujuk itu melatih kesabaran.]
"Beri masa untuk kita saling memahami. Saya tak mampu faham sendiri semua perkara jika ada perkara yang awak tidak suka."
"Sikap saya telah terbentuk selama  bertahun saya hidup. Jika ada sikap yang salah pada awak, saya tak mampu ubah dalam sekelip mata. Tapi saya cuba ubah dari hari ke hari. Pasti. InshaAllah. Jadi jangan bosan ingatkan saya dan bantu saya. "
"Dulu kita hanya jaga hati kita seorang. Sekarang kita kena jaga hati kita sama-sama. Jadi sebelum buat apa-apa, kita kena sedar kita ada dua hati. Nanti ada anak.... Ada 3 hati... Ada 4 hati.... Seterusnya."
"Jika ada perkara yang melibatkan perasaan, adulah puas-puas pada Allah. Pastikan sedar Allah setiap saat. Rajin-rajin berkomunikasi dengan Allah. Allah lebih mengerti hati awak berbanding saya. Nanti pasti Allah gerakkan hati saya untuk memahami awak. Pasti. "
"Dalam hidup kita ada kehendak dan keperluan. Utamakan keperluan. Seringkali kehendak itu menjadi masalah dalam sebuah perkahwinan kerana kehendak selalu datang bersama nafsu."
"Nikah kahwin ni sunnah Rasul. Jika namanya sunnah pasti ada kebaikan dalamnya. Jom kita benar-benar pastikan kita ambil kebaikan dan dapatkan keredhaanNya dalam pernikahan dan perkahwinan kita. "
***
Hala tuju, visi dan misi pernikahan dan perkahwinan perlu jelas bersama termasuk hal anak dan ekonomi rumahtangga.
"ya Allah,kami memohon agar Engkau terus mengurniakan kami sakinah, mawadah dan rahmatMu ya Allah. Kami mohon agar pernikahan ini mendapat keberkatan dan diangkat sebagai salah satu ibadah terbesar kami semata-mata hanya keranaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih. Amin.... Amin".

No comments:

Post a Comment