Sunday, June 30, 2013

Tip Cinta Suami Isteri


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing dan ketika balik ke rumah.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan bersama dan pastikan tiada gangguan anak-anak sekali sekala.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah, bunga atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



Melembutkan Hati Anak


petua yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah anak degil.

1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada dirumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut.

Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.

2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.

3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.

Semasa anak tidur, bacakan ayat dari Surah Asy-Syura 42 : 19 di ubun-ubun anak anda. 





Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Baca ayat ini sebanyak 19 kali setiap malam. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut. Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga.



Saturday, June 29, 2013

Ayam Opor Betawi

Ini namanya Ayam Opor Betawi... Mrs JG tak pasti kenapa dinamakan camtu... tapi yang pastinya sedap... :)

AYAM OPOR BETAWI
Bahan:
  • 10 ketul daging ayam - dibersihkan dan digoreng separuh masak. 
  • 3 cawan santan 
  • 1 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak sapi atau margerine untuk menumis.
Bahan kisar (a) :
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 10 tangkai cili kering
Bahan tumbuk (b) :
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
Bahan tumbuk (c) :
  • 1 st jintan manis
  • 1 st jintan putih
  • 2 st biji ketumbar
Cara :
  • Panaskan minyak sapi/margerine dan tumis bahan kisar (a) sampai wangi.
  • Masukkan bahan tumbuk (b) kacau dan diikuti oleh bahan tumbuk (c) dan sos tomato hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan santan biar sampai ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
  • Kecilkan api dan perasakan garam dan gula.
  • Tutup api dan sedia dihidang.



Stew Daging



STEW DAGING

Bahan2 :
  • 500 g daging - dipotong kiub
  • 2 labu bawang besar - dimayang bulat
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 2 biji lobak merah - dihiris bulat
  • 3 sb air
  • 2 sb sos tomato
  • 1 sb jus limau
  • 1 sb cili kisar
  • 1.5 cm halia
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit serbuk cengkih
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sedikit mentega atau margerine untuk menumis.
Cara:
  • Panaskan mentega/margerine dan tumiskan bawang putih, bawang besar, halia hingga naik baunya dan masukkan daging.
  • Masukkan cili kisar dan  serbuk cengkih dan tumis lagi hingga wangi.
  • Kemudian masukkan lobak merah,sos tomato, daun kari, serbuk lada hitam, jus limau dan air, kacau hingga sebati.
  • Perasakan garam dan gula dan biarkan kuah merenih di atas api selama 1 1/2 jam supaya kuah meresap ke dalam daging.



Tuesday, June 11, 2013

Udang Ketak Goreng Bercili

Assalamualaikum. Ari ni Mrs JG masak udang ketak @ udang lubuk @ udang lipan. Rupanya agak 'menakut'kan & kulitnya agak tajam... tapi rasanya tetap sedap. Cara nak membersihkan agak cerewet jugak & perlu berhati2 sebab kulitnya tajam. Cara nak bersihkan udang tengok kat sini.



UDANG KETAK GORENG BERCILI
Bahan2 :
  • 500 gm udang lipan - dibersihkan [buang kepala, ekor, gunting tepi2 udang yg tajam & buat keratan memanjang di tengah2 belakang udang supaya senang dibuang kulit masa makan]
  • 4 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1 biji bawang besar- dimayang bulat
  • 4 sb cili kisar
  • 1 cm halia - dihiris memanjang halus2
  • 1 st serbuk pati ikan bilis @ sedikit belacan
  • 4 batang kacang panjang - dipotong 1"
  • Garam & gula secukup rasa.
Cara:
  • Udang digaul dengan sedikit garam &  kunyit  & digoreng hingga masak.
  • Tumis bwang merah kisar hingga perang.
  • Masukkan cili kisar & tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan serbuk pati ikan bilis @ belacan & kacau rata.
  • Perasakan garam & gula.
  • Akhir sekali masukkan udang lipan yang telah digoreng bersama kacang panjang & bawang besar.
  • Biar hingga kacang panjang layu sedikit & tutup api.