Monday, April 29, 2013

Amalan Doa Dan Wirid Selepas Solat.

Wirid adalah bacaan yang terdiri atas dzikir, doa, dan amalan2 lainnya yang dikutip dari ayat2 Al Qur’an & Hadis, yang dibiasakan membacanya (mengamalkannya). Wirid biasanya dibaca pada setiap selesai solat, baik solat wajib ataupun sholat sunat.

Aku memohon ampun kepada Allah, Yang Maha Agung, yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya), dan aku bertaubat kepada-Nya.


Tidak ada Tuhan kecuali Allah sendiri, tak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya-lah kerajaan, dan bagi-Nya-lah segala pujian. Ia menghidupkan dan mematikan, dan Ia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

“Ya Allah! Lindungilah aku dari api neraka.

Ya Allah! Engkaulah (pemilik) kedamaian, dari Engkaulah kedamaian, dan kepada Engkaulah kembalinya kedamaian. Oleh karena itu hidupkanlah kami, wahai Tuhan kami, dengan penuh kedamaian. Masukkanlah kami ke dalam surga, tempat kedamaian. Engkau, ya Tuhan kami, Maha Suci dan Maha Tinggi, wahai Zat Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan!

Ya Allah! Tak ada yang dapat mencegah terhadap apa yang telah Kau berikan. Tak ada yang dapat memberikan terhadap apa yang telah Kau cegah. Tak ada yang dapat menolak terhadap apa yang telah Kau tetapkan. Dan kemuliaan seseorang tak berguna baginya, hanya dari Engkaulah kemuliaan itu.

Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Esa, tak ada Tuhan kecuali Dia, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah, tiada Tuhan kecuali Dia, Yang Hidup kekal dan terus-menerus mengurus (makhluk-Nya). Ia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya-lah apa yang ada di langit dan di bumi. Tak ada yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya. Ia mengetahui apa saja yang ada di depan dan di belakang mereka. Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah selain yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Rasul telah beriman kepada Al Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan) : “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan : “Kami dengar dan kami taat”. (Mereka berdoa) : “Ampunilah kami, ya Tuhan kami,
 dan hanya kepada Engkau-lah tempat kembali.

Allah menyatakan bahwa tiada Tuhan kecuali Dia. Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tiada Tuhan kecuali Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam

Katakanlah: Wahai Tuhan Yang Mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Engkau masukkan malam ke dalam siang, dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa saja yang Engkau Kehendaki tanpa hisab.


Wednesday, April 24, 2013

Kaedah Menghalang Diri Dari Makhluk Halus / Sihir

Kaedah ini juga adalah antara kaedah2 mujarab untuk menutup pintu2 masuk jin/iblis/syaitan dari masuk ke dalam badan, minda & hati kita.. seterusnya mengusai kita...

1. Mengambil berat tentang solat berjemaah 
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama-kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. 

Mengikut riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, ertinya: 

"Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya." (Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang baik). 

2. Menyebut nama Allah apabila masuk ke rumah dan apabila makan 

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahihnya, sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah RA, beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: 

"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, syaitan akan berkata kepada teman-temannya, 'Tidak ada tempat penginapan dan makan malam untuk kalian.' Jika dia memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata (kepada saudara-saudaranya), 'Kalian boleh ikut menginap di dalamnya malam ini.' Dan ketika makan, dia tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata, 'Kalian boleh ikut menyantap makan malam.'" 
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau sebaik2 tempat masuk dan sebaik2 tempat keluar, dan dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami bertawakkal.

3. Membaca doa perlindungan apabila masuk dan keluar dari tandas 
Terdapat hadith daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, apabila Nabi Muhammad SAW memasuki tandas, baginda mengucapkan;
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari jin kafir (syaitan) betina dan syaitan jantan." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan jantan dan betina.

Dengan mengharapkan ampunanMu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badan dan yang telah menyelamatkan aku.

4. Berwuduk sebelum tidur
Disebutkan sebuah hadith, bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Bara` bin Azib RA, maksudnya:

"Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidurmu, berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk melakukan solat." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

5. Membaca Ayat Kursi sebelum tidur 

Dalam satu hadith yang panjang, diringkaskan di sini, bahawa Abu Hurairah RA menceritakan beliau telah didatangi seorang pencuri yang mencuri hasil kutipan zakat yang dijaganya sebanyak tiga kali, sedangkan telah dua kali diberi amaran dan dia telah berjanji tidak akan datang mencuri hasil kutipan zakat itu lagi. 

Untuk kali ke tiganya, dia berkata "Lepaskanlah saya, saya akan mengajarkan beberapa kalimat semoga Allah memberikan manfaat untukmu dengan kalimat ini." Beliau pun bertanya tentang doa itu. Dia berkata, "Jika kamu berbaring di perbaringan, bacalah ayat kursi, kerana dengan begitu, Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi harinya.

Maka beliau pun melepaskannya sekali lagi. Pagi esoknya, Rasulullah SAW bertanyakan akan hal tahanannya lagi, lalu Abu Hurairah RA menceritakannya. Lalu baginda bersabda, "Mahkluk itu telah berkata benar kepadamu, sedangkan ia adalah si pendusta. Wahai Abu Hurairah, tahukah kamu siapa yang kamu ajak bicara sejak tiga hari yang lalu itu?" Beliau menjawab, "Tidak". Baginda bersabda, "Ia adalah syaitan." (Hadith Riwayat Bukhari dengan ta'liq) 


Ayatul Kursi
6. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur
Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan,
"Gabungkanlah kedua telapak tangan anda dan bacalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas padanya. Kemudian, tiuplah keduanya lalu sentuh anggota badan seluruhnya, sejauh yang dapat dicapai dimulai dari kepala." (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA) 

7. Tutup mulut apabila menguap
Dalam satu hadith, Abu Said Al-Khudri RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Apabila salah seorang di antara kamu menguap, hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangan, kerana syaitan akan masuk." (Hadith Riwayat Imam Muslim dan Ad-Damiri) 

8. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan istintsar tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Istintsar ialah perbuatan menyedut air ke dalam hidung, kemudian menghembusnya keluar, seperti ketika berwuduk. Hikmah lain istintsar ialah ia merupakan satu penawar bagi penyakit resdung. Amalkanlah selalu, contohnya selepas keluar ke kawasan kotor berdebu seperti di jalan raya. 

9. Mendirikan Solat Tahajjud 

Apabila seseorang tidur, lalu bangun di pagi harinya tanpa sedikit pun qiyamullail, syaitan akan semakin dekat menguasainya. Dari Abdullah bin Masud RA, dia berkata, 

"Pernah disebutkan kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang tidur semalam penuh hingga bangun di pagi harinya, maka beliau bersabda: 'Itu adalah orang yang kedua telinganya (atau satu telinganya) telah dikencingi syaitan.'" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

10. Tutup rumah dan tahan anak-anak menjelang Maghrib
Dalam satu hadith marfu' yang meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA, katanya;

"Janganlah kalian biarkan unta, lembu, kambing dan yang sejenisnya, serta anak-anak kalian masih berkeliaran di luar rumah ketika matahari terbenam hingga kabut malam (waktu Isya') menghilang; kerana syaitan-syaitan bertebaran ketika matahari terbenam, hingga kabut malam menghilang." (Hadith Riwayat Muslim) 

11. Jangan kencing pada lubang-lubang 

Imam Nasa'i meriwayatkan dari Qatadah, dari Abdullah bin Sirjis, katanya Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya; 

"Janganlah salah seorang di antara kaluan kencing pada lubang-lubang." Mereka bertanya kepada Qatadah, "Mengapa kita dimakhruhkan untuk kencing pada lubang-lubang?" Dia menjawab, "Kerana lubang-lubang merupakan tempat tinggal jin." (Hadith Riwayat Abu Dawud, An-Nasa'i dan Imam Ahmad) 

12. Mengingat Allah setiap waktu dan keadaan 
Menurut satu kajian oleh Prof Dr Sir Norhisham Wahab, seorang pelopor Colour Vibration Therapy (CVT), syaitan dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang. Zikir pula memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya pejal, menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti syaitan atau jin. Selalulah berzikir dengan zikir yang telah diajar oleh Rasulullah SAW yang banyak dikumpulkan sekarang di dalam koleksi Al-Maksurat dan Al-Azkar. 
Dalam satu hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya; 

"Dan aku memerintahkan kalian untuk mengingat Allah kerana perumpamaan mengenai hal itu seperti seorang lelaki yang dikejar oleh musuh-musuhnya hingga ia sampai di sebuah benteng kukuh yang melindungi dirinya dari mereka. Sama halnya dengan seorang hamba tidak akan dapat menjaga dirinya dari syaitan kecuali dengan mengingat Allah (berdzikir kepada Allah)." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi) 

13. Mengingat Allah ketika hendak tidur dan ketika bangun tidur 
Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; 

"Jika seseorang dari kalian tidur, maka syaitan membuat tiga ikatan pada lehernya yang dilakukan padamu sepanjang malam tidurmu. Maka tidurlah, dan jika kamu terbangun, sebutlah/ingatlah Allah, maka satu ikatan akan terlepas. Kemudian jika kamu berwuduk, maka akan terlepas satu ikatan, dan kemudian jika kamu melaksanakan solat, maka akan terlepas satu ikatan lagi hingga ia memulakan paginya dengan semangat dan jiwa yang bersih. Jika tidak, maka jiwanya akan kotor dan dalam keadaan malas."(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan aku mati.

Segala puji bagi allah yang telah menghidupkan kami sesudah mati (membangunkan dari  tidur) dan hanya kepadaNya kami dikembalikan.

14. Mengingat Allah ketika keluar rumah 
Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; 

"Barangsiapa yang ketika akan keluar rumah mengucapkan; bismillahi tawakkaltu alalloh la haula wa la quwwata illa billah (dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah), maka kepadanya akan dikatakan cukuplah bagimu, kamu telah dijaga dan syaitan telah menjauh darimu." (Haith Riwayat At-Tirmidzi) 

15. Mengingat Allah ketika masuk dan keluar masjid
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA, dari Nabi Muhammad SAW bahawa ketika akan masuk masjid, baginda mengucapkan, "A'udzu billahil-azhim wa bi wajhihil-karim wa sultonihil-qodimminassyaithonirrojim (Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan wajah-Na yang mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang qodim dari syaitan yang terkutuk." Beliau berkata, "Itu saja?" Baginda berkata, "Ya, jika seseorang mengucapkan ini, maka syaitan akan berkata 'Ia telah dijaga dariku sepanjang hari'. " (Hadith Riwayat Abu Dawud) 


Doa masuk masjid.
Dengan nama Allah dan sejahtera di atas pesuruh Allah, Ya Allah ampuni dosaku dan buka lah pintu2 rahmatMu kepadaku.

Dengan nama Allah dan sejahtera di atas Rasulullah, Ya Allah ampunilah dosaku dan bukalah pintu2 kelebihanmu untukku.
16. Merapatkan saf solat berjemaah 
Ibnu Umar berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya; 

"Luruskan barisan dan rapatkan bahu-bahu di antara kamu, dan lembutkan badan kamu untuk saudara yang di sebelah kamu. Jangan tinggalkan ruang kosong untuk syaitan mengambil tempat. Sesiapa yang merapatkan saf, maka Allah akan bersama dengannya dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan putuskan hubungan dengannya." (Hadith Riwayat Abu Dawud) 

17. Mengingat Allah ketika memakai dan menanggalkan pakaian 
Dari Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya; 

"Penghalang antara pandangan syaitan dan aurat anak cucu Adam adalah, apabila ia menanggalkan pakaiannya, mereka mengucapkan bismillah." (Hadith Riwayat At-Thabarani) 

Adalah penting membaca doa menanggalkan pakaian kerana banyak kes terjadi di mana jin telah tergoda dengan manusia dan menaruh cintanya kepada manusia itu hingga membawa mudarat kepadanya. 

Doa memakai pakaian: 
Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan sesuatu yang dibuat untuk pakaian ini. Aku berlindung denganMu dari kejahatan pakaian ini dan kejahatan sesuatu yang ada pada pakaian ini.
Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.

18. Mengingat Allah ketika akan berhubungan suami isteri
Dari Abdullah bin Abbas RA, ia mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya;

"Jika salah seorang dari kalian ingin menggauli isterinya, hendaklah ia mengucapkan 'Allahumma janibnassyaiton wa jannibissyaiton ma rozaqtana' (Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah Engkau berkan kepada kami). Jika Allah menakdirkan kepada keduanya seorang anak (dari hubungan itu), maka anak tersebut akan terhindar dari syaitan selamanya." (Hadith Riwayat Bukhari) 


19. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah 
Buah Tamar atau Kurma mempunyai pelbagai khasiat. Bagi Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya; 

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Madinah setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir." (Hadith Riwayat Bukhari) 

20. Mengelakkan pintu-pintu kemasukan jin dan syaitan 

Daripada penceritaan para pengamal perubatan Islam, terdapat empat pintu utama yang ditunggu-tunggu oleh jin dan syaitan untuk merasuki manusia. Empat pintu itu ialah: 

  • Terlalu marah
  • Terlalu gembira/ seronok/ leka
  • Terlalu dukacita
  • Terlalu syahwat

Selain itu, syaitan mudah menghasut manusia apabila ia dalam keadaan kenyang, terlalu sayangkan harta dunia, melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa, terdetik di dalam hati perasaan hasad dengki dan lain-lain lagi. 

Sebenarnya banyak lagi pintu masuknya syaitan jika dikaji secara terperinci. Untuk itu, adalah lebih baik untuk sentiasa membentengi diri dengan dzikrullah (mengingati Allah) setiap masa dan jauhilah sifat-sifat tercela.

** Copypatse dr pakcik Google & di upgrade serba sedikit.




Ayam Masak kicap dan Kentang


AYAM MASAK KICAP DAN KENTANG
Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2 & dibersihkan
  • 5 biji bawang merah - ditumbuk
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk
  • 1/2 inci halia - ditumbuk
  • 1 batang cili merah - hiris
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 125 ml kicap lemak manis
  • 1 sudu jintan manis - ditumbuk
  • 2 biji kentang dipotong memanjang - goreng garing
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit tepung jagung - kalau nak kuah pekat 
  • Garam secukup rasa
  • Sebiji tomato - belah 2
  • Daun bawang untuk hiasan.
Cara-cara:
  • Bawang merah, bawang putih, halia dan jintan manis ditumbuk.
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap dan separuh dari bahan tumbuk tadi.
  • Gorengkan pula kentang yg dipotong memanjang tadi. Angkat dan ketepikan.
  • Tumis bahan tumbuk hingga naik bau & masukkan cili kisar.
  • Bila cili sudah pecah minyak, masukkan perapan ayam dan balik2kan.
  • Masukkan air dan sos tomato dan kacau.
  • Tutup kuali sebentar hingga ayam masak.
  • Masukkan kentang goreng dan lada merah hiris kacau rata 2-3 minit. Masukkan air tepung jagung untuk kuah pekat sedikit. 
  • Masukkan tomato.
  • Perasakan, jika perlu dimasukkan garam dan kacau rata.
  • Hias dengan daun bawang.


Tuesday, April 23, 2013

Asam Pedas








Masak-masak (4)

Ini jenis lauk yang simple... Almaklum la kalau kaum ibu yang berkerja..balik rumah nak prepare juadah untuk makan malam pulakkan...

Mrs JG masak sup ikan merah.. kangkung goreng belacan & udang bercili bersalut telur.


Udang Bercili Bersalut Telur

Sup Ikan Merah

Kangkung Goreng Belacan







10 Surah Yang Elok Diamal


10 Surah Yang Baik Diamalkan Dalam Kehidupan Seharian
Sebahagian dari surah-surah mempunyai satu nama dan ada yang mempunyai lebih dari satu nama.

10 Surah Yang Baik Diamalkan.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita. 
 

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.



Friday, April 19, 2013

Ayam Opor Hijau

Resipi kali ni ialah Ayam Opor Hijau. Dinamakan hijau sebab kita pakai cili hijau dan daun ketumbar. Kalau tak suka daun ketumbar tak payah la letak. Mrs JG tak suka bau daun ketumbar ni, tak lalu nak makan. Resipi asal dari Chef Wan memang ada letak so Mrs JG letakkan dalam resipi pada mereka2 yang suka daun ketumbar ye.... :)

AYAM OPOR HIJAU
Bahan2:
  • 1 ekor ayam - dipotong 12
  • 2 biji terung bulat - potong dadu besar
  • 2 1/2 cawan santan - dari sebiji kelapa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Halus :
  • 100 gm cili hijau - buang bijinya
  • 1 labu bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 4 tangkai daun ketumbar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut - buang uratnya
  • 1 inci belacan 
  • 2 sudu besar ketumbar biji - sangrai dan ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar jintan manis - sangrai dan ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar rata lada putih biji - ditumbuk kasar
  • 2 batang cili merah - belah dua
  • Daun ketumbar - hiris kasar
Cara :
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga terbit baunya. Masukkan ayam kacau rata, tutup periuk dan biarkan 5 minit biar ayam serap rempah dan empuk.
  • Masukkan santan dan biarkan mereneh selama 20 minit dengan api sederhana.
  • Masukkan terung, bahan tumbuk kasar, cili merah dan daun ketumbar. Teruskan memasak selama 3 minit atau lebih.
  • Perasakan dengan garam dan sedikit gula. 


Daging Gulai Darat

Resipi kali ni ialah Daging Gulai Darat. Resipi ni biasanya dimasak oleh orang Kelantan. Kalau kita pegi warung2 atau kedai2 makan di sana, memang senang nak jumpa. Rasanya seimbang antara masam, masin, pedas dan manis. Cuba la buat ye... :)

DAGING GULAI DARAT
Bahan2:

  • 300 gm daging lembut - bersihkan dan dipotong kiub
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 2 1/2 cawan santan - dari 1 biji kelapa
  • 1 sudu besar ketumbar biji - disangrai dan tumbuk halus
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 biji kentang - potong dadu besar
  • 3 tangkai cili hijau/merah - dibelah dua
  • 1 sudu besar gula merah
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cm kunyit hidup
  • 1/4 cm lengkuas
Cara :
  • Campurkan bahan kisar halus bersama daging, santan, cili kisar dan pes asam jawa dalam kuali, masak sehingga mendidih.
  • Masukan kentang, ketumbar tumbuk, garam dan gula merah kacau rata dan biarkan hingga kentang dan daging empuk dengan api sederhana.
  • Sebelum diangkat perasakan dan masukkan cili hijau/merah kacau rata dan angkat.


Ayam Panggang



Ayam panggang ni ala2 Kenny Rogers... Mrs JG amek resipi kat blog che CT...  Mrs JG panggang dalam kuali ajaib je... sebab Mrs JG tak suka oven jd kotor dengan percikan ayam tu kalau kita panggang dalam oven. Tapi kalau nak panggang dalam oven pun boleh... Tak ada masalah...

AYAM PANGGANG
Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam - potong 4 & dibersihkan
Bahan2 Perap:
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam 
  • 2 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar 
  • Sedikit mentega
Cara-cara :
  •  Campur kesemua bahan dengan sedikit air & kisar.
  • Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar & dalam ayam.
  • Perap selama 1 1/2 jam
  • Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.)

SOS LADA HITAM
Bahan-bahan :
  • 11/2 cawan stok ayam @ daging -  ( air + kiub ayam )
  • 1/2 cawan susu segar 
  • 4 - 5 sudu serbuk lada hitam
  • 2 cm batang celery - dicincang
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 2 sb kicap manis 
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb mentega
  • 1/2 tin cendawan butang - dihiris
  • 2 sb tepung gandum - bancuh dengan air
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  • Campurkan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang celery
  • Didihkan dan kemudian tapis. (buang bawang dan juga salery). 
  • Letak atas dapur dan didihkan semula.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.