Wednesday, November 27, 2013

Cornet / Cream Horns Inti Kastad / Krim Nutella


CORNET / CREAM HORNS

BAHAN :
Doh (6 biji)
  • 150 gm tepung roti
  • 1 sb gula
  • 1/2 st garam
  • 1/2 sb susu tepung
  • 1 st instant yeast
  • 1 sb air suam
  • 70 ml air
  • 1 sb telur - dipukul sekejap
  • 15 gm butter
CARA :
  • Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan 5 minit hingga berbuih.
  • Campurkan garam susu tepung dan tepung roti di dalam mangkuk, kacau dengan spatula.
  • Tuangkan campuran yeast ke dalam adunan tepung.
  • Campurkan telur ke dalam air dan kacau sebati.
  • Tuangkan campuran telur ke dalam tepung sambil digaul perlahan2 hingga tepung menyerap semua air dan adunan agak sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam food processor dan kisar hingga doh menjadi seperti bola.
  • Off kan food processor dan dgn tangan yg disaluti tepung, masukkan mentega kiub dan ramas sedikit bersama adunan tepung.
  • Kisar selama 15 saat dan offkan food processor sekali lg.
  • Dengan menggunakan scrapper, scrap kan lebihan doh supaya bercampur semuanya.
  • Kisar lagi selama 15 saat.
  • Keluarkan doh dan uli sekejap sehingga doh menjadi licin.
  • Masukkan kedalam mangkuk dan tutup dgn plastik hingga doh naik 2 kali ganda. lebih kurang satu jam.
  • Tumbuk doh hingga rata dan timbang,
  • Bahagi doh menggunakan scrapper menjadi 6 ketul adunan
  • Buat doh menjadi bulat dan bentukkan seperti bola dengan hujung yang bertaut diletak disebelah bawah dan bulat2kan dengan tapak tangan.
  • Susun doh atas pastry board yg ditabur tepung dan tutup dgn kain lembab.
  • Rehatkan 15 min.
  • Sapukan mentega pada acuan cornet.
  • tekan doh hingga rata dan gulung memanjang dalam 1 kaki dengan satu bahagian lebih kecil dari yg satu bahagian lagi.
  • Bermula 1 inci dr bawah acuan cornet, mulakan melilit doh sehingga habis sampai ke hujung.
  • Bila habis digulung, perap 30 minit hingga doh kembang.
  • Bakar dalam oven 180C selama 10-15 min.
  • Sejukkan atas redai dan keluarkan acuan cornet dan paipkan inti kastad.
KASTAD COKLAT
  • 2 biji kuning telur
  • 2 1/2 sb gula
  • 1 sb tepung kek
  • 1 1/2 sb tepung jagung
  • 1 sb serbuk koko
  • 200 ml susu
  • 10 gm mentega unsalted
  • 30 gm coklat masakan
Cara :
  • Campurkan gula ke dalam mangkuk yang berisi kuning telur dan kacau sebati menggunakan balloon whisk.
  • Tuangkan sedikit susu suam dan kacau sehingga adunan sebati.
  • Masukkan tepung kek, tepung jagung dan serbuk koko ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
  • Tuangkan lebihan telur dan kacau lg hingga sebati.
  • Tapis adunan dan tuang ke dalam periuk.
  • Kacau adunan denagn balloon whisk hingga adunan menjadi likat dan angkat segera dari dapur.
  • Masukkan mentega dan coklat masakan dan kacau sebati.
  • Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap supaya kastad tidak membentuk lapisan kulit.
KRIM NUTELLA
Bahan :
  • 1/2 cawan krim putar
  • 2 st gula kaster
  • 3 sb Nutella
Cara:
  • Masukkan semua bahan ke dalam mixer, dan pukul hingga kental.
  • Sejukkan sebentar dalam peti ais sebelum dipaipkan ke dalam cornet.


Roti Pandan


ROTI PANDAN BERSUSU
Resipi Asma Ibrahim


BAHAN2:

  • 2 1/2 cawan tepung roti
  • 2 sudu kecil yis kering - bancuh dgn sikit air suam dgn 1 skecil gula biar berbuih
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur - dipukul sikit
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • air suam atau susu segar suam - anggaran dlm 1 cwn (tak perlu habiskan)
CARA:

  • Satukan semua bahan kecuali shortening uli dan masukkan air sikit2 ke dlam  mixer selama 8 ke 10 minit. 
  • Masukan shortening dan uli lg selama 5 minit.
  • Perap doh biar naik 2xganda  kemudian tumbuk2 keluarkan angin .
  • Uli dgn tangan +- 5 minit tekan2 doh biar leper dan gulung.
  • Masukan dlm tin pembakar biar naik lg sekali dlm 45 minit ke 1 jam.
  • Bakar dgn suhu 180c selama 30 minit.
  • Dah masak sapu majerine atau mentega.

***gunakan loyang utk roti 4.5" X 8" sedang elok satu loaf.

***klu nak roti permukaan atas rata tutup loyang roti.

Monday, November 25, 2013

Roti Bun Bilis


ROTI BUN BILIS
Resipi Asma Ibrahim


Bahan:
  • 500 gm tepung roti
  • 20 gm susu tepung (1 sudu besar)
  • 70 gm gula halus 
  • 1/2 s kecil garam,
  • 3 s kecil yis
  • 270gm air suam
  • 60 gm butter room temp
  • 1 biji telur..dipukul sedikit
Cara:
  • Bancuh yis dgn sikit gula & air suam biar kembang
  • Satukan semua bahan2 kecuali butter dlm mixer & uli 8 ke 10 minit kemudian masukkan butter uli 5 ke 6 minit. 
  • Ambik doh bulat2kan bahagi sebanyak +- 15 ke 16 biji...susun atas dulang biar 10 minit saja.
  • Kemudian masukkan inti kedlm.
  • Susun atas dulang pembakar jarak2kan sikit sbb roti ni akan kembang.
  • Rehatkan 45 minit ke 1 jam...dah siap bakar suhu 180c 15 minit atau sampai kuning diatasnya.(klu nak tabur apa diatas pun blh sebelum membakar).

Roti Paung


ROTI PAUNG 
Resipi Asma Ibrahim

BAHAN2:
  • 6 cawan tepung gandum
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis (bancuh dgn sedikit air suam + gula dlm 1 sudu kecil biar berbuih)
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan mentega, dicairkan
  • sedikit pewarna kuning
  • 1/4 st garam 
CARA

  • Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis.
  • Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
  • Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
  • Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
  • Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.
  • Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
  • Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
  • Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega. Sedia untuk dihidang. **bancuh yis dulu dgn 2 ke 3 sudu air suam + sikit gula biar berbuih sekejap pas tu baru campur semua uli dgn mesin +-8 minit baru masukan mentega uli lagi dlm 5 min...baru diperap.

Friday, November 22, 2013

Petua Tanam Bunga

     Sifu2 tanam bunga byk share petua utk menyihat dan menyuburkan lagi pokok2 bunga kita... Antaranya : penggunaan kulit bawang..kulit telur..kulit pisang dan macam2 lagi... Yang penting kena rajin buat dan rajin bertanya mereka2 yang arif bab2 bunga ni....

Roscobbage Mak Jah klu rajin rebus dulu kulit telor tu,pas tu blend dan letak la kt tanah pokok,kulit bawang rendam pas tu wat siram pokok,kulit pisang klu mk jah blend sbb malas nak guting kecik,pas tu tuag kt tanah pokok

Khaidar Ida saya blend semua2 tu + gula merah yg hitam + air basuhan beras. lepas tu simpan 2 minggu baru guna. campur dgn air


Raja Fesal Cara2 buat baja ikan ... 
Perut serta skrap ikan boleh dijadikan baja. Masukkan skrap ikan ke dalam bekas pengisar dan kisar hingga lumat. Tambahkan sedikit air supaya bahan mudah lumat. Cairkan 9 bahagian air untuk setiap 1 bahagian kisaran.

Siram ba
hagian pangkal pokok. Elakkan terkena daun. Siraman akan mengeluarkan bau, tetapi sekejap sahaja. Apabila cecair siraman bercampur dengan tanah, bau siraman akan berkurang. . Siram dengan segera, Jangan simpan cecair baja ini kerana ia akan menghasilkan bau yang kuat dan menarik perhatian lalat.

Thursday, November 21, 2013

Roti Sandwich




Roti Puri



Roti Bun Mexico





Mayonnaise Buatan Sendiri


MAYONNAISE

Bahan2
  • ·         2 – 3 biji telur – basuh bersih
  • ·         ¼ st garam halus
  • ·         1 st gula
  • ·         4 sb cuka
  • ·         3 cawan minyak masak

Cara:
  • ·         Pecahkan telur dan masukkan ke dalam blender dan campurkan garam.
  • ·         Masukkan gula dan cuka (kalau x mahu masam, boleh kurangkan)
  • ·         Masukkan ¼ cawan minyak dan blend kesemua bahan tadi.
  • ·         Berhenti sekejap dan tambah sedikit minyak dan kisar.
  • ·         Ulang kaedah di atas sehingga bahan kisar menjadi likat.
  • ·         Sedia di hidang.

Roti Lagi

Meh layan bab roti lagi..seronok Mrs jG tengok roti yg kawan2 buat..gebus gebas gitu.... 






Tuesday, November 19, 2013

Semua Pasal Roti


    Hari ni Mrs JG nak citer sikit pasal roti... dari geng Kelab Roti... Saja nak kongsi gambar dan resipi mereka2 yang arif bab roti meroti ni... Mrs JG tak pandai sangat nak meroti ni...makan pandai la... Juz nak share untuk perkongsian bersama....







Monday, November 18, 2013

Apam Balik

Rasa macam nak makan apam balik la plak ari ni... Jom kita cuba resipi dari Chef Joha ni... mesti mengenyangkan dan menjadi kesukaan ahli keluarga... 

APAM BALIK
Resipi Chef Papajoh
Photo: Teabreak Apam Balik ...with a twist. Bon Appetit....Harummmm...

Bahan2nya
4 cawan tepung - naik sendiri 
2 sudu besar tepung jagong
5 sudu besar gula pasir
2 biji telur
Secubit garam
1/4 sudu teh serbuk baking powder
1/4 sudu teh bicarbonate soda
500 ml krim santan di campurkan dengan 1 cawan air suam
Sedikit vanilla essence
Sedikit pewarna kunning telur

Bahan2 untuk inti nya
1 mangkuk kacang goreng yang sudah di tumbuk halus
1 mangkuk jagung krim
1 mangkuk gula pasir

Cara2nya
Di mangkuk yang besar, letakan tepung, garam & gula. Gaulkan supaya sebati. Kemudian masukkan baking powder dan bicarbonate soda, kacau semua nya rata2, pecah dan masukkan dua biji telur. Pukul semua bahan2nya dengan whizz eletrik atau tangan. Tepung nya jangan terlalu pekat atau cair, letakan essence vanilla & sedikit pewarna kunning. Gaulkan semua nya dan tepikan sebentar. Kemudian sediakan kuali yang rata yang tak melekat. Bila kuali nya sudah panas, letak secukup doh nya di kuali dan rata2kan menjadi bulat. 

(Tip - Untuk membuat yang tebal kecilkan api nya, biarkan doh nya masak secukup sebelum meletakan inti nya.)

Bila buih2 kelihatan tunggu hingga ia hampir kering. Api nya jangan terlalu tinggi, kemudian letakan krim jagung, kacang goreng dan gula pasir secukup. Inti jangan terlalu banyak nanti ia akan terkeluar bila hendak di lipat dua. Buat satu garisan ditengah bulatan lempeng anda, kemudian di hujung lempeng anda angkat dan lipatkan lempeng menjadi setengah. Kulit lempeng nya harus bewarna keemasan dan rata bersih. Untuk ia kelihatan bersih dan rata, jangan meletakan sebarang minyak atau mentega bila membakar lempeng anda. Selamat mencuba.
Bahan2:
  • 4 cawan tepung - naik sendiri 
  • 2 sudu besar tepung jagong
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 2 biji telur
  • Secubit garam
  • 1/4 sudu teh serbuk baking powder
  • 1/4 sudu teh bicarbonate soda
  • 500 ml krim santan di campurkan dengan 1 cawan air suam
  • Sedikit vanilla essence
  • Sedikit pewarna kunning telur
Bahan2 inti:
  • 1 mangkuk kacang goreng yang sudah di tumbuk halus
  • 1 mangkuk jagung krim
  • 1 mangkuk gula pasir
Cara2:
  • Di dalam mangkuk yang besar, letakan tepung, garam & gula. 
  • Gaulkan supaya sebati. 
  • Kemudian masukkan baking powder dan bicarbonate soda, kacau semua nya rata2.
  • Pecah dan masukkan dua biji telur. 
  • Pukul semua bahan2nya dengan whizz eletrik atau tangan. 
  • Tepung nya jangan terlalu pekat atau cair. 
  • Letakan essence vanilla & sedikit pewarna kunning. 
  • Gaulkan semua nya dan tepikan sebentar. 
  • Kemudian sediakan kuali yang rata yang tak melekat. 
  • Bila kuali nya sudah panas, letak secukup doh nya di kuali dan rata2kan menjadi bulat. 
(Tip - Untuk membuat yang tebal kecilkan api nya, biarkan doh nya masak secukup sebelum meletakan inti nya.)

Bila buih2 kelihatan tunggu hingga ia hampir kering. Api nya jangan terlalu tinggi, kemudian letakan krim jagung, kacang goreng dan gula pasir secukup. Inti jangan terlalu banyak nanti ia akan terkeluar bila hendak di lipat dua. Buat satu garisan ditengah bulatan lempeng anda, kemudian di hujung lempeng anda angkat dan lipatkan lempeng menjadi setengah. Kulit lempeng nya harus bewarna keemasan dan rata bersih. Untuk ia kelihatan bersih dan rata, jangan meletakan sebarang minyak atau mentega bila membakar lempeng anda.








Friday, November 15, 2013

Melty Hershey's Chocolate




MELTY HERSHEY'S CHOCOLATE
(Resipi Noraslinda Bugal FB)


BAHAN-BAHAN

BAHAN A

  • 250 ml UHT whipping krim(saya guna brand Anchor)
  • 250 gram cream cheese
  • 200 ml susu pekat manis(kurangkan kalau tak suka manis)

BAHAN B

  • Syrup coklat Hershey's
  • Biskut marie@biskut oreo

BAHAN HIASAN
  • Gula-gula M&M's,coklat chips,kekacang,cheddar cheese(disagat/parut)
CARA MEMBUATNYA
  • Satukan semua bahan A,pukul sehingga pekat dan tidak berketul.
CARA MELAPIS
  • Ambil bekas dan cedok satu senduk adunan cheese dan tuang ke dalam bekas
  • Susun/patah2kan biskut marie/oreo
  • Picit syrup Hershey's dan ratakan
  • Tabur coklat chips
  • Ulang step2 di atas sehingga habis
  • Lapisan atas sekali,tuang adunan cheese dan picit syrup Hershey's
  • Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti
  • Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang