Tuesday, August 19, 2014

Ungkapan Di Awal Perkahwinan

BismillahhirRahmanirRahim
Ungkapan di awal perkahwinan
"Jika ada sikap saya yang awak tidak suka, awak cakaplah baik-baik. Jika ingin merajuk pun, beritahu saya apa yang buatkan awak merajuk tu. Senang saya nak pujuk.

[Merajuk itu kekadang tidak dapat ditahan. Memujuk itu melatih kesabaran.]
"Beri masa untuk kita saling memahami. Saya tak mampu faham sendiri semua perkara jika ada perkara yang awak tidak suka."
"Sikap saya telah terbentuk selama  bertahun saya hidup. Jika ada sikap yang salah pada awak, saya tak mampu ubah dalam sekelip mata. Tapi saya cuba ubah dari hari ke hari. Pasti. InshaAllah. Jadi jangan bosan ingatkan saya dan bantu saya. "
"Dulu kita hanya jaga hati kita seorang. Sekarang kita kena jaga hati kita sama-sama. Jadi sebelum buat apa-apa, kita kena sedar kita ada dua hati. Nanti ada anak.... Ada 3 hati... Ada 4 hati.... Seterusnya."
"Jika ada perkara yang melibatkan perasaan, adulah puas-puas pada Allah. Pastikan sedar Allah setiap saat. Rajin-rajin berkomunikasi dengan Allah. Allah lebih mengerti hati awak berbanding saya. Nanti pasti Allah gerakkan hati saya untuk memahami awak. Pasti. "
"Dalam hidup kita ada kehendak dan keperluan. Utamakan keperluan. Seringkali kehendak itu menjadi masalah dalam sebuah perkahwinan kerana kehendak selalu datang bersama nafsu."
"Nikah kahwin ni sunnah Rasul. Jika namanya sunnah pasti ada kebaikan dalamnya. Jom kita benar-benar pastikan kita ambil kebaikan dan dapatkan keredhaanNya dalam pernikahan dan perkahwinan kita. "
***
Hala tuju, visi dan misi pernikahan dan perkahwinan perlu jelas bersama termasuk hal anak dan ekonomi rumahtangga.
"ya Allah,kami memohon agar Engkau terus mengurniakan kami sakinah, mawadah dan rahmatMu ya Allah. Kami mohon agar pernikahan ini mendapat keberkatan dan diangkat sebagai salah satu ibadah terbesar kami semata-mata hanya keranaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih. Amin.... Amin".

Monday, April 28, 2014

Ayam Goreng Berempah

AYAM GORENG BEREMPAH
Resipi Tahrunnisah Jali
Bahan :
  • 1 ekor ayam dipotong kecil  - dibersihkan dan di salut tpg gandum sekejap utk hilangkan hanyir
  • 1 inci halia**
  • 2 biji bawang besar**
  • 5 ulas bawang putih**
  • 7 batang serai**
  • 1 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  • 1 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
  • 1 sudu besar cili kisar 
  • sedikit kunyit (terpulang nak yang segar atau serbuk)
  • garam dan gula sikit (pengganti ajinomoto) nak guna ajinomoto pun terpulang
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telor (dipukul dahulu)
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
Cara :
  • Ayam dibersihkan setelah disalut dgn tpg gandum..
  • Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air ,kisar hingga serai hancur kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur.
  • Dalam bekas satukan semuanya bahan rempah. telur, daun kari dan tpg jagung serta serbuk kari, tambah garam dan sedikit gula.
  • Kemudian masukkan potongan ayam, gaul sebati dan perap selama 1 jam atau lebih.
  • Biarkan ayam tersebut 1 jam ke atas (masukkan dlm peti ais,time nak goreng keluarkan dan goreng) 
  • Panaskan minyak kemudian perlahan api aras sederhana.. (saya goreng dlm periuk sederhana kecil separuh minyak).
  • Masukkan ayam dan goreng sehingga mendpt warna seperti gambar.
  • Toskan ayam ni diatas tisu serap minyak.(insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup shingga ke petang)

Saturday, April 19, 2014

Thursday, April 17, 2014

Tepung Ramas Epal


TEPUNG RAMAS EPAL
Bahan2:
Tepung
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula
  • 150 gm tepung
Inti (Filling)
  • 2 biji epal hijau - dikiub kecil
  • 100 gm gula kaster
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 potong nanas - dikiub kecil
  • 40 gm tepung jagung
  • 1 1/2 cwn air
Cara: Inti
  • Masukkan kiub epal dan nanas ke dalam periuk bersama kulit kayu manis, gula dan air.
  • Masak hingga mendidih.
  • Campur tpg jagung dgn sedikit air dan tuang ke dlm periuk, kacau sebati.
  • Tuangkan campuran epal tadi ke dalam loyang, ratakan dan ketepikan.
Kulit
  • Satukan bahan tepung dan ramas dgn tapak tgn hingga menjadi ketulan kecil.
  • Taburkan atas adunan epal di dalam loyang tadi.
  • Ratakan dan bakar pada suhu 180C selama 25 min.

Agar Agar Karamel


AGAR AGAR KARAMEL
Bahan :
  • 25 gm agar2
  • 2 cwn gula merah
  • 1/2 cwn gula batu - hancurkan
Karamel
  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cwn gula
  • 1 sb tepung kastad - campur sedikit air dan kacau supaya tdk berketul
  • 1 st esen vanilla
Cara:
  • Pukul gula dan telur hingga hancur.
  • Masukkan susu cair, vanilla dan campuran tpg kastad, kacau sebati.
  • Tuang ke dlm loyang dan kukus hingga masak.
  • Sejukkan dan dipotong kiub.
  • Masak agar2 dengan air secukupnya hingga agar2 hancur.
  • Masukkan gula batu dan gula merah. kacau hingga gula larut.
  • Bila mendidih, tapis agar ke dlm loyang dan sejukkan sedikit sebelum ditaburkan karamel yg dipotong kiub.
  • Biarkan beku dan sejukkan dlm fridge.

Kuih Manggis


KUIH MANGGIS
Bahan:
Kulit
  • 2 cwn tpg pulut putih
  • 1/2 cwn tpg pulut hitam
  • 1/2 cwn pati santan*
  • sedikit garam* - bahan * disatukan
Tangkai/tampuk
  • 1 cwn tpg pulut putih
  • 1/2 cwn pati santan
  • sedikit pewarna hijau
Inti
  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 sb tpg gandum
  • 1/2 cwn gula merah
  • 1/2 cwn gula putih
  • 1/2 cwn air
  • 1 helai daun pandan
Cara:
Inti
  • Masukkan gula merah, gula putih, air dan daun pandan ke dalam periuk dan jerang hingga gula hancur.
  • Tapis air gula dan jerang semula atas api sederhana.
  • Kelapa parut disatukan dengan tpg gandum kemudian masukkan ke dlm air gula.
  • Kacau hingga inti menjadi kental.
  • Sejukkan dan gentel bulat2 seperti guli, ketepikan.
Kulit
  • Satukan kedua2 jenis tepunng pulut dan gaulkan dgn pati santan hingga sebati.
  • Kalau adunan keras, campur sedikit air dan uli hingga sebati.
Tangkai/tampuk
  • Satukan tepung pulut, santan dan pewarna hijau, uli sebati.
Cara:
  • Ambil sedikit tepung pulut hitam sebesar ibu jari, masukkan inti dan kepal menjadi bentuk bulat.
  • Ambil adunan hijau dan bentukkan seperti tangkai dan tampuk manggis dan diletakkan diatas bulatan pulut hitam td.
  • Kukus hingga masak.

Cucur Udang

CUCUR UDANG
Bahan2:

  • 4 cwn tepung gandum
  • 2 sd teh yis mauripan
  • 1 cwn taugeh
  • 1/2 cwn daun kucai - potong 1 inci -(taugeh & daun kucai letak bnyak lg sedap)
  • 1 sd teh serbuk kunyit
  • Garam, sedikit perasa
  • Udang hidup secukupnya
  • Air secukupnya
Cara :
  • Satu semua bahan hngga sebati kecuali air.
  • Masukan air sikit2 - bancuh seperti nak buat jemput bilis
  • Perap 1/2 - 1 jam
  • Selepas diperap panaskan kuali, setelah minyak panas rendam senduk dalam minyak sekejap, keluarkan senduk masukan adunan cucur udang ke dalam senduk letak 1 ekor udang.
  • Rendam senduk dalam minyak panas hingga cucur tertanggal dari senduk ( kalau lekat guna lidi sate untuk cungkil cucur supaya tertanggal) goreng hingga kekuningan
  • Ulang sampai habis
SOS
  • Cili kering
  • Air
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Garam
  • Cuka
  • Bawang putih
  • 1 sb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air.
Cara :
  • Rebus cili kering bersama air, toskan dan kisar.
  • Panaskan sedikit minyak & tumis 1 bj bawang putih yg diketuk hingga kuning, masukan cili kering yg dikisar tadi & masak hingga mendidih.
  • Masukan gula melaka, gula pasir, garam, cuka & didihkan hingga sos betul2 masak.
  • Masukan bancuhan tepung gandum, sentiasa dikacau, sesuaikan rasa
  • Angkat & sejukan.