Thursday, April 17, 2014

Cucur Udang

CUCUR UDANG
Bahan2:

  • 4 cwn tepung gandum
  • 2 sd teh yis mauripan
  • 1 cwn taugeh
  • 1/2 cwn daun kucai - potong 1 inci -(taugeh & daun kucai letak bnyak lg sedap)
  • 1 sd teh serbuk kunyit
  • Garam, sedikit perasa
  • Udang hidup secukupnya
  • Air secukupnya
Cara :
  • Satu semua bahan hngga sebati kecuali air.
  • Masukan air sikit2 - bancuh seperti nak buat jemput bilis
  • Perap 1/2 - 1 jam
  • Selepas diperap panaskan kuali, setelah minyak panas rendam senduk dalam minyak sekejap, keluarkan senduk masukan adunan cucur udang ke dalam senduk letak 1 ekor udang.
  • Rendam senduk dalam minyak panas hingga cucur tertanggal dari senduk ( kalau lekat guna lidi sate untuk cungkil cucur supaya tertanggal) goreng hingga kekuningan
  • Ulang sampai habis
SOS
  • Cili kering
  • Air
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Garam
  • Cuka
  • Bawang putih
  • 1 sb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air.
Cara :
  • Rebus cili kering bersama air, toskan dan kisar.
  • Panaskan sedikit minyak & tumis 1 bj bawang putih yg diketuk hingga kuning, masukan cili kering yg dikisar tadi & masak hingga mendidih.
  • Masukan gula melaka, gula pasir, garam, cuka & didihkan hingga sos betul2 masak.
  • Masukan bancuhan tepung gandum, sentiasa dikacau, sesuaikan rasa
  • Angkat & sejukan.

No comments:

Post a Comment