Wednesday, April 16, 2014

Kuih Paung



KUIH PAUNG
Resipi Tahrunnisah Jali


Bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 4 sudu besar tpung gandum
  • sedikit garam
  • 2 sudu kelapa parut/kering terpulang nak isi pun boleh tak isi pun boleh
  • 1 cawan air - jgn curah sampai habis nanti lembik..agak2 kalau tak lekat kat tangan tu ok
Cara:
  • Dalam mangkuk campurkan tpg pulut dan tpg gandum, kelapa parut/kering dan garam dan sebatikan .
  • Tuang air sedikit demi sedikit sehingga tak lekat kat tangan (adunan ni tak keras dan tak lembik) mcm nak buat kuih onde2.
  • Tutup kejap adunan ni ngan kain atau plastik supaya adunan tak keras.
INTI SAMBAL IKAN


  • 3 ekor ikan kembung 
  • 2 biji bwang besar (sederhana besar)*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*
  • 1 cawan santan cair
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk halus
  • garam, gula
  • 1/2 cawan kelapa parut - digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan.
Cara:
  • Ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus.(air rebusan jangan dibuang)  dan ambil isi ikan sahaja.
  • Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi dan tambah sikit air rebusan ikan tadi untuk melancakan kisaran.
  • Panaskan 1 sb minyak dlm kuali dan masukkan bahan kisar tadi.
  • Masukkan santan, lada hitam garam gula.masukkan kelapa.
  • Kacau sebati sehingga agak kering dan perisakan garam gula.
Cara :
  • Bulatkan2 doh sebesar kuih onde2/kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh.
  • Leperkan diatas tpak tangan dan isi inti ikan.
  • Tutup adunan dan bulatkan balik dan buat sampai abis adunan.

**Lebihan serunding ikan ni boleh di simpan freezer utk kegunaan akan dtg.(nak buat pulut serunding ikan ke..nak buat nasi kerabu ke..nak buat pulut panggang ke dll)
  • Panaskan minyak dlm kuali (minyak tu kalau boleh biarlah banyak mcm nak mcm cucur pisang) 
  • **Nak tau minyak tu panas atau tidak,cuba letakkan sikit adunan,kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas.
  • Tutup api,biar sekejap dlm 2 minit..masukkan doh2 tersebut dlm minyak tadi (jgn dekat2 kan ye sbb ia melekat nanti)
  • Dlm 2 minit kemudian baru bukak api dapur (api perlahan).
  • Goreng dlm 3 minit api perlahan kacau2 la kuih tersebut.
  • Kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning dan angkat (kalau lama sangat nanti keras).

No comments:

Post a Comment