Monday, July 29, 2013

Kerana Mu Wanita


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita"
 (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
  
 1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.

2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan   keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang     ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.

4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.


Kerana asyiknya cintamu wanita seorang lelaki terlupa akan RabbNya

Kerana panahan asmaramu wanita seorang lelaki terlupa akan halal dan haram sehingga menjerumus ke lembah kemaksiatan

Kerana utuhnya kuasamu wanita  seorang lelaki menderhana kepada ibu bapanya

Kerana indahnya cintamu wanita seorang lelaki terlupa akan anak dan isterinya

Kerana pujuk rayumu wanita seorang lelaki menyintai dunia melebihi akhiratnya

Kerana pesona cintamu wanita tunduk patuh seorang lelaki akan kehendakmu

Kerana kuatnya kasih sayang terhadapmu wanita seorang lelaki bergelar ayah, abang, sahabat dan  suami di azab di neraka……

Kerana seorang wanita jatuhnya sebuah pemerintahan….

Kerana cinta seorang wanita berlakunya pembunuhan pertama manusia

Kerana pujuk rayu wanita diperintahkan adam dan hawa keluar dari syurga ke dunia….

Kerana tidak dikau pelihara syariat Allah…musnahnya hidup seorang lelaki..
Semuanya kerana seorang wanita…

Ingatlah kaum wanita yang paling banyak menjadi penghuni neraka..

Peliharalah auratmu agar sama sekali tidak dilihat lelaki bukan mahrammu

Peliharalah dirimu agar tidak berdua-duaan dan bergaul bebas dengan lelaki

Peliharalah dirimu dari bersuara lunak sehingga timbul keinginan jahat lelaki terhadapmu

Peliharalah dirimu dari meminta-minta sesuatu pada seorang suami sehingga timbul murka Allah padamu dan padanya

Peliharalah dirimu dan demi lelaki..

Berhati-hatilah duhai wanita…jangan kerana dirimu orang yang amat dikau cinta mendapat murka RabbNya dan azab neraka jahannam….

Akan tetapi jadikanlah dirimu penyebab seorang lelaki ke syurga..jangan dikau menjadi fitnah kepadanya kelak

 7:27 
“Wahai bani Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaiman ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al A’raaf: 27 )



Doa Elak Sihir Tafriq


Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.

Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq,sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecualiberpisah kerana kematian.


Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukanapa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata“Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)

Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib.Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.

Ayat Doa 1 (Surah Yunus)

"Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan."

Ayat Doa 2 (Surah Najm)

"Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara “hari kiamat” itu."

Ayat Doa 3 ( Surah Al-Hadid)

"Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."



Redha Suami Syurga Isteri

Mengapa redha seorang suami itu adalah syurga bagi diri Isteri??.

  • Suami dibesarkan oleh ibu yang menyayanginya seumur hidup. Namun ketika dia meningkat dewasa, dia telah memilih mencintai isterinya yang bahkan belum tentu mencintainya untuk seumur hidup. Bahkan sering kali rasa cintanya terhadap isteri melebihi rasa cintanya kepada ibunya sendiri.
  • Suami dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad untuk menanggung nafkah isteri, seorang perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan darah seperti ayah dan ibunya.
  • Suami rela menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak serta isteri. Padahal di sisi ALLAH SWT, isteri sebagai ibu lebih dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati kerana dia mencintai isterinya dan berharap si isteri  mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi ALLAH SWT.
  • Suami berusaha menutupi masalahnya dihadapan isteri dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan isteri seringkali mengadukan masalahnya kepada suami dengan harapan dia mampu memberikan penyelesaian. Padahal disaat si isteri sedang mengadu itu, suami sedang memiliki masalah yang lebih besar, namun tetap sahaja masalah si isteri di utamakan berbanding masalah yang dihadapi olehnya.
  • Suami berusaha memahami bahasa diam isteri, bahasa tangisan sedangkan isteri terkadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.
  • Bila isteri melakukan dosa, maka suami akan ikut terseret ke neraka kerana dia bertanggungjawab akan maksiat yang telah isteri lakukan. Namun bila suami berbuat dosa, isteri tidak akan pernah dituntut ke neraka. Kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggungjawabkannya sendiri.
Seorang lelaki bertanggungjawab ke atas 4 orang wanita dalam hidupnya iaitu ibunya, kakak/adik perempuannya, isterinya dan anak perempuannya. 
Dan seorang wanita mempunyai 4 orang insan yang akan bertanggungjawab ke atas dirinya iaitu ayahnya, abang/adik lelakinya, suami dan anak lelakinya.

Sunday, July 28, 2013

Dua Puluh Amalan Murah Rezeki


20 Amalan Murah Rezeki 

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." 

(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah 
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.

(Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.

(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.

(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajjud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah 
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”


Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Wallahualam.


Tuesday, July 23, 2013

Juadah Iftar

 
 Lama betul Mrs JG tak update blog... Almaklum lah bulan puasa ni nak update gambar2 masak macam tak sesuai jer... Apa2 pun layan jer la gambar2 kat bawah ni yer....


Tomyam Campur, Sambal Udang, Pucuk Paku Goreng Belacan, Ikan Bakar Sambal Kicap dan Ikan Goreng.

Ketam Lemak Kuning, Sambal Ikan Talapia Merah, Sayur Buncis & Lobak Merah & Siput Sedut Masak Lemak.

Petola Masak Air, Ayam Goreng & Lala Masak Masam Manis.

Asam Pedas Ikan Merah, Sotong Goreng Buncis, Ikan Terubuk Masin, Sambal Belacan & Ulam2an.

Bayam Tumis Air, Terubuk Masak Tempoyak, Ayam Goreng, Paru Berlada & Nasi Arab.

Pindang Ikan Pelaling, Asparagus Goreng Daging Kicap, Talapia Hitam Berlada, Rendang Ayam & Ikan Kerapu Masam Manis.



Saturday, July 13, 2013

Makanan Berdasarkan Warna

      


 Sebenarnya warna makanan mempengaruhi tahap kesihatan kita dan dapat mengelakkan dari penyakit. Buah dan sayuran berwarna cerah mempunyai kimia phytonutrients yang mampu melawan penyakit. Cuba tambahkan satu hidangan [sekeping buah, secawan jus, satu cawan sayur atau lebih] daripada setiap satu daripada 7 kumpulan warna berikut:-

1.   Merah / Ungu
  • Mengandungi anti-oksidan yang dapat menurunkan risiko penyakit berkaitan jantung dengan mencegah berlakunya pembekuan darah.
  • Makanlah ceri, epal merah, kobis ungu, strawberi dan capsicum merah.
2.   Merah
  • Semua makanan berasakan tomato banyak lycopene, sejenis anti-oksidan yang dapat mencegah penyakit kanser. Ini termasuk jambu batu merah dan tembikai.
  • Cili pula sumber terbaik beta karotin dan vitamin C. Seain mengandungi bioflavonoids, cili juga meningkatkan kadar metabolik yang menambah penghasilan endorphins daripada otak.
3.   Jingga / Oren
  • Beta karotin yang terkandung didalam makanan berwarna oren meningkatkan kesihatan mata dan kulit. Pilih labu kuning, lobak merah, mangga dan keledek. 
  • Mangga adalah sumber beta karotin dan vitamin A yang dapat mencegah penyakit berjangkit dengan cara meningkatkan daya imuniti tubuh.
4.   Oren / Kuning
  • Kaya dengan beta cryptoxanthin, sejenis anti-oksidan yang melindungi sel daripada kerosakan. Contohnya adalah limau, oren, betik, peach dan nenas.
  • Betik mengandugi 2 kali ganda vitamin C berbanding oren.
5.   Kuning / Hijau
  • Berfungsi mengekalkan kesihatan mata kerana mengandungi unsur yang dapat menghalang daripada terjadinya katarak.
  • Pastikan memakan sawi, jagung, timun (dengan kulitnya), kacang hijau, buncis, capsicum hijau/kuning dan bayam.
  • Kiwi kaya vitamin C, potassium, serat, phytochemical dan pectin yang mampu mengawal tahap kolesterol.
6.   Hijau
  • Bahan makanan berwarna hijau mempunyai bahan kimia semulajadi isothiocynates yang meningkatkan penghasilan enzim dalam buah pinggang dan menghindarkan kanser. Makanlah bok choy, brokoli, kobis, bunga kobis, kale dan sawi hijau.  

Friday, July 12, 2013

Ayam Berjintan

Resipi ayam berjintan ni ada kelainan sikit dari resipi yang Mrs JG selalu masak. Rasanya macam ayam masak tomato cuma ada rasa berempah.


AYAM BERJINTAN
Bahan2 :
  • 10 ketul daging ayam - dibersihkan, digaul garam kunyit dan goreng setengah masak
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 3 sb air limau nipis
  • 1 cwn yogurt
  • sedikit daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak sapi/margerine untuk menumis.

Bahan kisar (a) :
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1.5 cm halia
  • 10 biji buah keras
Bahan tumbuk (b) :
  • 1 st jintan manis
  • 1 st jintan putih
  • 1 st biji ketumbar
Cara ;
  • Panaskan minyak sapi/margerine dan tumiskan bahan (a) hingga naik baunya.
  • Masukkan bahan (b) kacau sebati.
  • Kemudian masukkan sos tomato, tomato puree dan daun limau purut & masak sampai naik minyak.
  • Masukkan ayam, garam & gula secukup rasa.
  • Kemudian masukkan yogurt & air limau, kacau lagi hingga sebati.
  • Masak sekejap & tutup api.





Wednesday, July 10, 2013

Iftar Ramadhan Ke 1


Setelah memikirkan nak masak apa ari ni.. Mrs JG mengambil keputusan untuk memasak kuah sup memandangkan sikecik  Irfan tu suka makan sup. So..untuk resipi berbuka, Mrs JG masak Sup Daging, Telur Bungkus, Ikan Goreng dan Sambal Belacan + Ulam2an.

Sup Daging

Telur Bungkus

Sambal Belacan


Ramadhan Hari Ke-1


Hari pertama puasa dibulan Ramadhan, masing2 tentu sibuk memikirkan juadah apa yang nak dimasak untuk ahli keluarga yang berpuasa. Mrs JG pun sibuk merancang menu yang nak dimasak nanti. 

Bukan setakat berlayar di web mencari resipi, siap keluar buku dan majalah2 masakan nak buat reference..haha :P

Untuk juadah bersahur pagi ni, Mrs JG cuma masak sup sayur + bebola ikan, sambal ikan bilis kentang + terung,  & ikan goreng. Alhamdulillah, anak2 makan dengan berselera.

Sup sayur + bebola ikan

Sambal bilis kentang + terung

Disamping kita berpuasa menahan lapar dahaga... jangan pulak lupa gi solat terawih ye... banyak pahala yang kita akan dapat sebab bulan ni je Allah bagi ganjaran besar untuk kita...

Dari Ali ibn Abu Thalib bahwa ia berkata: 'Nabi SAW ditanya tentang keutamaan (fadhilat) solat tarawih di bulan Ramadhan, kemudian Baginda bersabda:

Barangsiapa yang melaksanakan sholat tarawih pada hari pertama bulan Ramadhan, maka Allah swt. akan mengampuni dosanya seperti pada saat ia dilahirkan oleh ibunya.


Masalah Sukar Tidur

Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk mereka2 yang sedang menghadapi masalah tidur. Boleh mencuba  cara ini bagi mengatasi masalah tidur tersebut.

Cara Mengatasi Masalah Tidur


Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika kita berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri kita bagaimana kita mengatasi masalah tidur yang dihadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

1 Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara

Biasanya kita susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran kita sendiri. Kita mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar2 dalam fikiran. Ianya pasti mengganggu tidur dan boleh menyebabkan kita susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, kita perlu mengatasi masalah ini.Cuba untuk mengosongkan fikiran dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi kita boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran mulai tenang, kita pasti akan dapat tidur dengan baik.

2 Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam

Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika kita menghadapi masalah tidur maka kita perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini tidur jam 11 malam, esok pun kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari2 yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.

3 Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa

Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Kita sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur aitu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya tidak berasa panas semasa tidur.

4 Elakkan Dari Bunyi Bising

Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Kita perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang dipasang di radio, handphone dan laptop. Jika mahu juga, kita boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang diminati boleh membantu kita melelapkan mata. Jika kita mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.

5 Tutup Semua Sumber Cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan kita sukar untuk tidur.. Sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan kita susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

6 Baca Doa Sebelum Tidur



Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika kita berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri bagaimana kita mengatasi masalah tidur yang dihadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

Tidur Lewat Bangun Lambat


Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

1.   Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama.


2.   Tidak buang air kecil di pagi hari.


3.   Terlalu banyak makan.

4.   Tidak mengambil sarapan.
5.   Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6.   Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
7.   Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
8.   Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.

Bagaimana tubuh kita berfungsi.

Malam (9pm – 11pm)

Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am)

Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am)

Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am)

Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am)

Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am)

Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Tapi lain pula jadi, kalau waktu tidur anda terlalu lama.

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas2an. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.