
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita"
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.
Kerana asyiknya cintamu wanita seorang lelaki terlupa akan RabbNya
Kerana panahan asmaramu wanita seorang lelaki terlupa akan halal dan haram sehingga menjerumus ke lembah kemaksiatan
Kerana utuhnya kuasamu wanita seorang lelaki menderhana kepada ibu bapanya
Kerana indahnya cintamu wanita seorang lelaki terlupa akan anak dan isterinya
Kerana pujuk rayumu wanita seorang lelaki menyintai dunia melebihi akhiratnya
Kerana pesona cintamu wanita tunduk patuh seorang lelaki akan kehendakmu
Kerana kuatnya kasih sayang terhadapmu wanita seorang lelaki bergelar ayah, abang, sahabat dan suami di azab di neraka……
Kerana seorang wanita jatuhnya sebuah pemerintahan….
Kerana cinta seorang wanita berlakunya pembunuhan pertama manusia
Kerana pujuk rayu wanita diperintahkan adam dan hawa keluar dari syurga ke dunia….
Kerana tidak dikau pelihara syariat Allah…musnahnya hidup seorang lelaki..
Semuanya kerana seorang wanita…
Ingatlah kaum wanita yang paling banyak menjadi penghuni neraka..
Peliharalah auratmu agar sama sekali tidak dilihat lelaki bukan mahrammu
Peliharalah dirimu agar tidak berdua-duaan dan bergaul bebas dengan lelaki
Peliharalah dirimu dari bersuara lunak sehingga timbul keinginan jahat lelaki terhadapmu
Peliharalah dirimu dari meminta-minta sesuatu pada seorang suami sehingga timbul murka Allah padamu dan padanya
Peliharalah dirimu dan demi lelaki..
Berhati-hatilah duhai wanita…jangan kerana dirimu orang yang amat dikau cinta mendapat murka RabbNya dan azab neraka jahannam….
Akan tetapi jadikanlah dirimu penyebab seorang lelaki ke syurga..jangan dikau menjadi fitnah kepadanya kelak

“Wahai bani Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaiman ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al A’raaf: 27 )

No comments:
Post a Comment