Wednesday, July 10, 2013

Masalah Sukar Tidur

Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk mereka2 yang sedang menghadapi masalah tidur. Boleh mencuba  cara ini bagi mengatasi masalah tidur tersebut.

Cara Mengatasi Masalah Tidur


Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika kita berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri kita bagaimana kita mengatasi masalah tidur yang dihadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

1 Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara

Biasanya kita susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran kita sendiri. Kita mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar2 dalam fikiran. Ianya pasti mengganggu tidur dan boleh menyebabkan kita susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, kita perlu mengatasi masalah ini.Cuba untuk mengosongkan fikiran dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi kita boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran mulai tenang, kita pasti akan dapat tidur dengan baik.

2 Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam

Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika kita menghadapi masalah tidur maka kita perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini tidur jam 11 malam, esok pun kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari2 yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.

3 Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa

Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Kita sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur aitu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya tidak berasa panas semasa tidur.

4 Elakkan Dari Bunyi Bising

Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Kita perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang dipasang di radio, handphone dan laptop. Jika mahu juga, kita boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang diminati boleh membantu kita melelapkan mata. Jika kita mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.

5 Tutup Semua Sumber Cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan kita sukar untuk tidur.. Sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan kita susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

6 Baca Doa Sebelum Tidur



Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika kita berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri bagaimana kita mengatasi masalah tidur yang dihadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

No comments:

Post a Comment