
Hari pertama puasa dibulan Ramadhan, masing2 tentu sibuk memikirkan juadah apa yang nak dimasak untuk ahli keluarga yang berpuasa. Mrs JG pun sibuk merancang menu yang nak dimasak nanti.
Bukan setakat berlayar di web mencari resipi, siap keluar buku dan majalah2 masakan nak buat reference..haha :P
Untuk juadah bersahur pagi ni, Mrs JG cuma masak sup sayur + bebola ikan, sambal ikan bilis kentang + terung, & ikan goreng. Alhamdulillah, anak2 makan dengan berselera.

Sup sayur + bebola ikan

Sambal bilis kentang + terung
Disamping kita berpuasa menahan lapar dahaga... jangan pulak lupa gi solat terawih ye... banyak pahala yang kita akan dapat sebab bulan ni je Allah bagi ganjaran besar untuk kita...
Dari Ali ibn Abu Thalib bahwa ia berkata: 'Nabi SAW ditanya tentang keutamaan (fadhilat) solat tarawih di bulan Ramadhan, kemudian Baginda bersabda:
Barangsiapa yang melaksanakan sholat tarawih pada hari pertama bulan Ramadhan, maka Allah swt. akan mengampuni dosanya seperti pada saat ia dilahirkan oleh ibunya.

No comments:
Post a Comment