
Mengapa redha seorang suami itu adalah syurga bagi diri Isteri??.
- Suami dibesarkan oleh ibu yang menyayanginya seumur hidup. Namun ketika dia meningkat dewasa, dia telah memilih mencintai isterinya yang bahkan belum tentu mencintainya untuk seumur hidup. Bahkan sering kali rasa cintanya terhadap isteri melebihi rasa cintanya kepada ibunya sendiri.
- Suami dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad untuk menanggung nafkah isteri, seorang perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan darah seperti ayah dan ibunya.
- Suami rela menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak serta isteri. Padahal di sisi ALLAH SWT, isteri sebagai ibu lebih dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati kerana dia mencintai isterinya dan berharap si isteri mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi ALLAH SWT.
- Suami berusaha menutupi masalahnya dihadapan isteri dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan isteri seringkali mengadukan masalahnya kepada suami dengan harapan dia mampu memberikan penyelesaian. Padahal disaat si isteri sedang mengadu itu, suami sedang memiliki masalah yang lebih besar, namun tetap sahaja masalah si isteri di utamakan berbanding masalah yang dihadapi olehnya.
- Suami berusaha memahami bahasa diam isteri, bahasa tangisan sedangkan isteri terkadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.
- Bila isteri melakukan dosa, maka suami akan ikut terseret ke neraka kerana dia bertanggungjawab akan maksiat yang telah isteri lakukan. Namun bila suami berbuat dosa, isteri tidak akan pernah dituntut ke neraka. Kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggungjawabkannya sendiri.
Seorang lelaki bertanggungjawab ke atas 4 orang wanita dalam hidupnya iaitu ibunya, kakak/adik perempuannya, isterinya dan anak perempuannya.
Dan seorang wanita mempunyai 4 orang insan yang akan bertanggungjawab ke atas dirinya iaitu ayahnya, abang/adik lelakinya, suami dan anak lelakinya.

No comments:
Post a Comment