

Sebenarnya warna makanan mempengaruhi tahap kesihatan kita dan dapat mengelakkan dari penyakit. Buah dan sayuran berwarna cerah mempunyai kimia phytonutrients yang mampu melawan penyakit. Cuba tambahkan satu hidangan [sekeping buah, secawan jus, satu cawan sayur atau lebih] daripada setiap satu daripada 7 kumpulan warna berikut:-
1. Merah / Ungu
- Mengandungi anti-oksidan yang dapat menurunkan risiko penyakit berkaitan jantung dengan mencegah berlakunya pembekuan darah.
- Makanlah ceri, epal merah, kobis ungu, strawberi dan capsicum merah.
2. Merah
- Semua makanan berasakan tomato banyak lycopene, sejenis anti-oksidan yang dapat mencegah penyakit kanser. Ini termasuk jambu batu merah dan tembikai.
- Cili pula sumber terbaik beta karotin dan vitamin C. Seain mengandungi bioflavonoids, cili juga meningkatkan kadar metabolik yang menambah penghasilan endorphins daripada otak.
3. Jingga / Oren
- Beta karotin yang terkandung didalam makanan berwarna oren meningkatkan kesihatan mata dan kulit. Pilih labu kuning, lobak merah, mangga dan keledek.
- Mangga adalah sumber beta karotin dan vitamin A yang dapat mencegah penyakit berjangkit dengan cara meningkatkan daya imuniti tubuh.
4. Oren / Kuning
- Kaya dengan beta cryptoxanthin, sejenis anti-oksidan yang melindungi sel daripada kerosakan. Contohnya adalah limau, oren, betik, peach dan nenas.
- Betik mengandugi 2 kali ganda vitamin C berbanding oren.
5. Kuning / Hijau
- Berfungsi mengekalkan kesihatan mata kerana mengandungi unsur yang dapat menghalang daripada terjadinya katarak.
- Pastikan memakan sawi, jagung, timun (dengan kulitnya), kacang hijau, buncis, capsicum hijau/kuning dan bayam.
- Kiwi kaya vitamin C, potassium, serat, phytochemical dan pectin yang mampu mengawal tahap kolesterol.
6. Hijau
- Bahan makanan berwarna hijau mempunyai bahan kimia semulajadi isothiocynates yang meningkatkan penghasilan enzim dalam buah pinggang dan menghindarkan kanser. Makanlah bok choy, brokoli, kobis, bunga kobis, kale dan sawi hijau.

No comments:
Post a Comment