
DONAT KENTANG
Resipi Tahrunnisah Jali

Bahan2:
- 250 gram tepung gandum
- 1 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek
- 1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
- 2 sb susu tepung
- 70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru
- 1 1/2 sb shortening/marjerin
- 2 sb gula
- 1 sb baking powder
- 1 3/4 st yis mauripan
Caranya : (guna mixer)
- Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan.
- Kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan)
- Masukkan shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
- Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik. (Uli selama 20 minit)
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. [saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh.]
- Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
- Bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
- Goreng di dalam minyak panas. (masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus)
- Angkat dan hias dengan gula atau coklat.
DONAT MAYONNAISE
Resipi Mat Gebu
Bahan2 :
- 500 gram tepung roti (tepung gandum)
- 11 gram instant yeast
- 1 biji telur, pukul sedikit
- 1/2 camca teh esen vanilla (optional)
- 50 gram mentega ( 1 1/4 sudu besar)
- 1 sb shortening @ lemak sayur
- 2 sb gula halus
- 2 sb susu tepung @ susu pekat manis
- 1/2 st garam (boleh gantikan dgn 2 sb mayonis)
- 190 - 200 ml air suam
- Gula aising, untuk hiasan ( boleh guna gula halus+nestum+susu tepung - blend)
Cara:
- Dalam satu bekas besar, masukkan air suam, gula, garam, mentega, shortening, susu dan yeast, biar hingga yeast berbuih.
- Ayak 1/2 bahagian tepung dan gaul hingga hingga rata.
- Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
- Rehat kan doh 15 minit, canai doh tadi kurang lebih 1/2 inci, jika agak lembut boleh tabur sedikit tepung.
- Terap dengan acuan bentuk bulat berukuran 3 inci, alih atas loyang.
- Buat hingga siap.
- Rehat kan 15 - 20 minit dan kemudian goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada semua bahagian, angkat, tos dan sejukkan.
- Golek2kan donut dgn salutan kegemaran masing2.

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete