
PIZZA
Resipi Isma Maisarah
BAHAN DOH:
BAHAN DOH:
- 250gm tepung roti (boleh guna tepung gandum)
- 130ml air suam
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh gula
- 1 camca teh yis (instant yis)
- 1 camca besar madu
- 1 camca besar lemak sayur (shortening)
- 2 camca besar minyak zaitun (gune minyak masak pun x pe)
- 1 sudu besar garlic powder
- 1 camca teh oregano kering
Cara2:
- Ayak
tepung dlm satu bekas, satukan yis, garam, gula,oregano kering &
garlic powder. gaul rata.
- Tuang
madu & minyak zaitun, gaul rata hingga sebati dlm tepung.
- Curahkan
air suam sikit demi sikit sambil terus menguli hingga jadi doh.
- Kalau
doh agak lembik tambahkan tepung sikit.
- Kemudian
campurkan shortening bersama doh & terus menguli hingga adunan bersatu
dgn shortening.(klu doh masih lagi lembik tambah kan tepung sikit,tp jgn
banyak sgt)
- Uli
hingga doh tak melekat di tangan, lembut dan licin. (kalau uli lg lama lg
lembut doh yg kite dpt)
- Bulatkan
doh & masukkan ke dlm bekas yg telah disapukan sikit minyak atau
mentega.
- Tutup
doh dan biar selama 1 jam hingga doh naik sekali ganda.
- Bila
doh dh naik, uli sekejap, bulatkan dan canaikan doh.
- Gelek
doh dan cucuk2 doh ngan garfu dan bakar kejap dalam 3-4 mnit.
- Keluarkan
doh tadi dan sapukan tomato paste.
- Bakar suhu 200C selama 15-20 minit.

Bahan2:
- 250gm tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil yis segera
- 2 biji kuning telur
- 50gm gula
- 2 sudu besar water roux
- 50-60ml air dari peti sejuk
- 50ml minyak masak
- Sedikit garam
Cara:
- Ayak
tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata.
- Masukkan
gula, kuning telur dan water roux dan gaul rata.
- Kemudian
masukkan minyak dan garam.
- Akhir
sekali masukkan air sedikit demi sedikit.
- Uli
hingga doh lembut.
- Tambahkan
tepung sedikit kalau doh lembik.
- Uli
hingga doh lembut, tak melekat di tangan dan mangkuk.
- Rehatkan
doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda.
- Setelah
doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap.
- Rehat
doh 30 minit lagi.
- Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.
WATER ROUX
Bahan :
Bahan :
- 1/4 cwn tepung gandum + 250ml air.
Cara:
- Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil
hingga pekat.
- Kacau sentiasa agar tak berketul.
- Sejukkan baru boleh digunakan.
- Boleh simpan dlm peti ais tahan hingga 2-3 hari.

Bahan2:
- 500gm tepung roti/tepung gandum
- 100gm gula
- 11gm yis segera
- 4 biji kuning telur
- 200ml air suam
- 100gm marjerin/butter (kdg2 saya gune minyak masak je
100ml)
- 1 sudu kecil garam
- sedikit esen vanila (optional)
Cara2:
- Ayak
tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata, masukkan
gula, kuning telur & tambahkan air suam dan kacau rata.
- Masukkan
garam & butter dan uli hingga menjadi doh, jika doh melekat
banting2kan doh.
- Kemudian
uli,selang selikan hingga doh menjadi lembut, kenyal & tak melekat di
tangan.
- Rehatkan
doh 30 minit, setelah doh naik tumbuk2 doh, canai & terap atau nak
letak sosej ikut selera masing2.
- Rehatkan
doh sekali lg selama 30 minit.
- Kemudian bolehlah digoreng menggunakan api perlahan.

Bahan2:
- 200gm milo
- 250gm mentega
- 3 sudu mkn serbuk koko
- 1 tin kecil susu pekat manis
- Biskut marie secukupnya
Cara2:
- Alaskan
loyang dengan plastik..biarkan plastik melebihi loyang supaya senang nk
keluarkan kek bila dh sejuk..ketepikan
- Cairkan
mentega dlm kuali gunakan api kecil.
- Setelah
cair, masukkan susu, milo sedikit demi sediki gaul hingga sebati &
masukkan serbuk koko..
- Gaul
hingga halus dan tak berketul lg. (guna hand whisk je).
- Setelah
pekat, susun biskut marie dlm loyang kemudian curahkan sebahagian adunan
td dan ratakan, lapis lg biskut marie serta curahkan adunan dan ratakan.
- Ulang
hingga habis adunan dan sejukkan dlm peti ais.

Bahan doh A:
- 1 cwn tepung gandum
- 1/2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar shortening
- 2 sudu besar marjerin
Bahan doh B:
- 2
cwn tepung gandum
- 1/4
cwn minyak masak/minyak jagung
- 1
sudu kecil garam secukup rasa
- 1/2
cwn air - anggaran
Cara2:
- Satukan
semua bahan utk doh A.
- Gaul
hingga sebati dan boleh dikepal atau dibulatkan.
- Kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian & dibentukkan menjadi bulat dan ketepikan.
- Utk
doh B, panaskan minyak dan tuangkan ke dlm mangkuk yg berisi tepung.
- Buat
satu kawasan lekuk ditengah tepung tu utk menuangkan minyak panas.
- Gaul
rata dgn senduk atau sudu dulu (hati2 minyak panas) sehingga menjadi
seperti serbuk roti.
- Bancuhkan
garam bersama air dan tuangkan ke dlm tepung & minyak td sedikit demi
sedikit sambil menguli.
- Uli
hingga sebati dan agak tidak melekat ditangan.
- Kemudian doh ittu dibahagikan kepada 4 bahagian yg dibulatkan juga.
- Gelekkan
satu bahagian doh B yg telah kita bahagikan td dan masukkan pula satu
bahagian dari doh A pula.
- Bungkuskan menjadi bulat dan ketepikan ulangi utk doh-doh seterusnya.
- Doh
yg telah dibungkuskan dan disatukan td, digelek agak sederhana,tak tebal
sgt dan tak nipis sgt.
- Kemudian
digulung dan digelekkan lagi sekali diatasnya.Sama juga mcm tadi,
sederhana ketebalannya dan digulung lagi.
- Ulangi
utk doh seterusnya. selepas proses ini direhatkan sebentar dlm 10-15 minit
gulungan-gulungan doh supaya dia agak mesra dan lembut.
- Selepas
itu ambil gulungan doh td dan dipotong-potong kepada beberapa bahagian.
gelekkan jgn terlalu nipis dan jgn terlalu tebal. Isi kan inti jgn terlalu
penuh takut nnti lapisan doh tu pecah.
- Panaskan
minyak utk menggoreng.(karipap pusing digoreng dgn minyak yg betul2
panas.)
- Goreng
hinggga berwarna keperangan.


Situs Online Terlengkap Dan Terpercaya
ReplyDeleteBandar Online Terbaik Mbo128 .com
Daftar dan Menang Sangat Mudah