Wednesday, January 15, 2014

Roti Kopi / Roti Boy


ROTI KOPI 1
Resipi NorLiza Has


Bahan2 :
  • 400gm tepung roti
  • 100gm tepung gandum
  • 5gm garam
  • 8gm yis
  • 7gm bread improver
  • 30gm tepung susu
  • 240gm air sejuk
  • 1bj telur
  • 50gm butter/shortening
Cara : 
  • Campurkan semua bahan dan uli sehingga elastik
  • Perap sehingga naik dua kali ganda.
  • **Jika guna BM, masukkan bahan cecair dulu baru masukkan bahan kering. set no 7 utk doh. tunggu 30 minit menguli dan 1 jam untuk naik.
  • Bila doh dah naik, tumbuk2kan buang angin baru bentukkan. 
  • Biarkan mengembang sebelum dibakar. 
  • Sapukan susu cair+air sedikit utk disapu atas roti sebelum dibakar. 
  • Selepas bakar sapu mentega/margerin. 
  • Bakar suhu 150C selama 20 minit atau hingga masak.  

INTI :
  • 1 biji telur.
  • 60 gm gula halus
  • 60 gm margerin
  • 60 gm susu tepung
  • 1 st vanila

 Cara:
  • Pukul gula+telur sebati.
  • Masukkan margerin dan kacau sebati.
  • Kemudian masukkan susu tepung dan kacau lagi
  • Akhir sekali masukkan vanila kacau sebati
  • Isikan dlm piping bag.

TOPPING
  • 1biji telur
  • 60gm gula halus
  • 60gm margerin
  • 60gm tepung gandum
  • 1 sb nescafe
  • sedikit perasa coklat (lagi sedap letak perisa capucino)

Cara :
  • Gula+telur+nescafe campurkan pukul sebati.
  • Masukkan perisa coklat dan margerin pukul sebati
  • Kemudian masukkan tepung kacau sebati
  • Isikan dalam piping bag.


ROTI KOPI 2
Resipi Diras Dira  

INTI :
  • 200 gm mentega
  • 1/2 st Essen vanilla
  • 70 gm gula perang

Cara :
  • Pukul mentega dengan mixer pd kelajuan sederhana selama 3 minit. 
  • Masukkan vanilla dan gula perang dan pukul sebati.
  • Masukkan dalam fridge kejap. (masa nak letak filling baru kuarkan).

 TOPPING
  • 100 gm mentega
  • 80gm gula icing
  • 2 biji telur gred b
  • 1 sb nescafe dicampur dengan 1/2 sb air panas
  • 100 gm tepung gandum- diayak

Bahan :
  • Putar mentega medium speed selama 5 minit. 
  • Masukkan telur, gula icing dan bancuhan nescafe. 
  • Masukkan tepung ke dlm adunan dan putar lagi pd kelajuan perlahan sehingga semua sebati.
  • Bila roti dah kembang baru letakkan topping dan terus dibakar.




1 comment:

  1. Situs Online Terlengkap Dan Terpercaya

    Bandar Online Terbaik Mbo128 .com

    Daftar dan Menang Sangat Mudah

    ReplyDelete