Showing posts with label Info Taman. Show all posts
Showing posts with label Info Taman. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Petua Tanam Bunga

     Sifu2 tanam bunga byk share petua utk menyihat dan menyuburkan lagi pokok2 bunga kita... Antaranya : penggunaan kulit bawang..kulit telur..kulit pisang dan macam2 lagi... Yang penting kena rajin buat dan rajin bertanya mereka2 yang arif bab2 bunga ni....

Roscobbage Mak Jah klu rajin rebus dulu kulit telor tu,pas tu blend dan letak la kt tanah pokok,kulit bawang rendam pas tu wat siram pokok,kulit pisang klu mk jah blend sbb malas nak guting kecik,pas tu tuag kt tanah pokok

Khaidar Ida saya blend semua2 tu + gula merah yg hitam + air basuhan beras. lepas tu simpan 2 minggu baru guna. campur dgn air


Raja Fesal Cara2 buat baja ikan ... 
Perut serta skrap ikan boleh dijadikan baja. Masukkan skrap ikan ke dalam bekas pengisar dan kisar hingga lumat. Tambahkan sedikit air supaya bahan mudah lumat. Cairkan 9 bahagian air untuk setiap 1 bahagian kisaran.

Siram ba
hagian pangkal pokok. Elakkan terkena daun. Siraman akan mengeluarkan bau, tetapi sekejap sahaja. Apabila cecair siraman bercampur dengan tanah, bau siraman akan berkurang. . Siram dengan segera, Jangan simpan cecair baja ini kerana ia akan menghasilkan bau yang kuat dan menarik perhatian lalat.

Wednesday, November 6, 2013

Mikrob, Kultur Dan Baja Soya





Info Terkini: Cara-cara Menggunakan M&K dan Baja Soya dengan betul。

Walaupun ramai amat berpuas hati dengan penggunaan M&K pada pokok bunga mereka, namun sebilangan masih menghadapi kesulitan dimana ros mereka tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap aplikasi tersebut. Ini mungkin disebabkan tanah atau media tanaman yang digunakan sudah ketandusan nutrien. Oleh itu adalah penting pengguna M&K tukar tanah di pasu terlebih dahulu sebelum melakukan aplikasi. cara campur tanah dalam pasu adalah seperti berikut.:

Tanah Kompos asli yang tidak mengandungi sebarang garam amat digalakkan. Kemudian campurkan dengan coco peat. Pastikan kedua-dua media campuran itu sama nisbahnya...1:1. selepas itu, masukkan M&K sekali gus dan gaulkan sehingga sebati. 

Dos bagi pokok bunga di pasu dan di tanah adalah berbeza disamping saiz pokok. Bagi aplikasi di pasu, pokok kecil hanya perlukan secubit kultur dan mikrob manakala pokok besar yang tak melebihi 5 kaki perlukan setengah sudu kultur dan mikrob.

Aplikasi bagi pokok yang agak besar di tanah memerlukan kuantiti yang agak banyak, contohnya pokok kelapa sawit yang sudah tiga tahun itu perlukan 125g kultur dan 125g mikrob.

Bagi penggunaan baja soya pula, baik gunakan sebulan sekali kerana baja soya jenis Eropah sungguh berkesan, tiga kali ganda daripada tahi ayam. Jadi penggunaannya adalah seperti berikut:

pasu kecil dan pokok yang masih kecil dua hingga tiga biji manakala pokok besar secamca teh. bagi aplikasi di tanah, sesudu untuk sepohon pokok yang sudah lima kaki tingginya. lakukan sebulan sekali.

Amaran: Sekiranya anda mendapati daun pokok bunga anda mula menunjukkan simpton simpton yang agak luar biasa seperti daun melengkung ke bawah, ini bermakna baja soya sudah berlebihan. Berhenti menggunakan sehingga daunnya kembali normal, lepas tu barulah mulakan aplikasi seterusnya. 

Saturday, November 2, 2013

Petunia


Petunia
    salah satu cara macamana nak jaga bunga petunia ni..kita kena selalu trim supaya dia rajin berbunga... :)
kalau tak tahu caranya..saksikan video ni.

Thursday, October 31, 2013

Mikrob , Kultur Dan Baja Soya


    Okey..sikit lg tentang penggunaan M&K dan cara menggunakannya... :) Mudah je cara nak guna.. Vin ada video tutorial nya kat sini. Kat bawah ni ada sedikit info tentang cara2 menggunakan M&K dan baja soya dengan betul...

Info Terkini: Cara-cara Menggunakan M&K dan Baja Soya dengan betul。

Walaupun ramai amat berpuas hati dengan penggunaan M&K pada pokok bunga mereka, namun sebilangan masih menghadapi kesulitan dimana ros mereka tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap aplikasi tersebut. Ini mungkin disebabkan tanah atau media tanaman yang digunakan sudah ketandusan nutrien. Oleh itu adalah penting pengguna M&K tukar tanah di pasu terlebih dahulu sebelum melakukan aplikasi. cara campur tanah dalam pasu adalah seperti berikut.:

Tanah Kompos asli yang tidak mengandungi sebarang garam amat digalakkan. Kemudian campurkan dengan coco peat. Pastikan kedua-dua media campuran itu sama nisbahnya...1:1. selepas itu, masukkan M&K sekali gus dan gaulkan sehingga sebati. 

Dos bagi pokok bunga di pasu dan di tanah adalah berbeza disamping saiz pokok. Bagi aplikasi di pasu, pokok kecil hanya perlukan secubit kultur dan mikrob manakala pokok besar yang tak melebihi 5 kaki perlukan setengah sudu kultur dan mikrob.

Aplikasi bagi pokok yang agak besar di tanah memerlukan kuantiti yang agak banyak, contohnya pokok kelapa sawit yang sudah tiga tahun itu perlukan 125g kultur dan 125g mikrob.

Bagi penggunaan baja soya pula, baik gunakan sebulan sekali kerana baja soya jenis Eropah sungguh berkesan, tiga kali ganda daripada tahi ayam. Jadi penggunaannya adalah seperti berikut:

pasu kecil dan pokok yang masih kecil dua hingga tiga biji manakala pokok besar secamca teh. bagi aplikasi di tanah, sesudu untuk sepohon pokok yang sudah lima kaki tingginya. lakukan sebulan sekali.

Amaran: Sekiranya anda mendapati daun pokok bunga anda mula menunjukkan simpton simpton yang agak luar biasa seperti daun melengkung ke bawah, ini bermakna baja soya sudah berlebihan. Berhenti menggunakan sehingga daunnya kembali normal, lepas tu barulah mulakan aplikasi seterusnya. 

    Contoh tanaman bunga & sayur2an yang Vin tanam.... sihat2..gemuk2...cantik2... geram betul 

Mrs JG tengok... Bila la pokok bunga Mrs JG nak jadi camni ye??





Friday, October 25, 2013

Suri Suka Tanam Pokok Bunga, Sayur


      SURI SUKA TANAM POKOK BUNGA, SAYUR.. Apa tu???

     Haa... ini la group yg Mrs JG join kat fb... best group ni sbb dlm ni Mrs JG dpt belajar banyak ilmu menanam pokok dr kawan2 yg tak kedekut nak berkongsi ilmu... Antara yg banyak kongsikan ilmu ialah Vin Esgkuching Esg, Roscobbage Mak Jah, EM Nursery dan Stevia Healthysweetness. Mereka2 ni la yang suka bagi pelbagai tips dan nasihat utk orang2 yang kurang pakar macam Mrs JG ni....

Ni petua & tip dr Mak Jah & Vin;

Kultur dan Mikrob


Ramai pelanggan yang masih tertanya-tanya apakah itu kultur dan mikrob. Sebenarnya kultur merupakan mikroorganisma yang diperlukan oleh segala jenis tumbuhan agar tumbuh dengan subur dan bebas daripada serangan penyakit yang sukar diubati dengan semburan racun perosak. Kultur yang sekadar secubit itu memang mampu membiak dan merebak ke dalam tanah, justeru dia bertindak sebagai penyubur tanah dengan menarik segala nutrien yang ada dalam tanah ke akar pokok. Mikroorganisma yang melekat di akar pokok bunga akan sentiasa membekal nutrien kepada pokok bunga agar sentiasa kelihatan malar hijau serta berbunga lebat.

Mikrob pula merupakan elemen sampingan yang amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan agar masalah kekuningan daun atau daun menjadi kerinting dapat diatasi. Selain itu, mikrob juga membantu mengatasi masalah tumbuhan terbantut. 

Kedua-dua jenis bahan organik ini boleh diguna sama ada dicampur ke dalam media tanaman atau dibubuhkan dipermukaan tanah. Anda tidak perlu risau akan masalah daun pokok bunga melecur kerana kedua-dua bahan tersebut bukan bahan kimia tetapi berasaskan organik. Oleh itu, formula terbaru ini sesuai digunakan untuk tanaman sayur.

Mikrob dan Kultur hanya perlu digunakan sebulan sekali dengan kadar secubit untuk sepasu. Selepas sebulan, anda boleh bubuh lagi untuk mendapat kesan maksimum supaya kesuburan tanah sentiasa terpelihara. Untuk kesan yang lebih menakjubkan, anda boleh tambahkan mana-mana jenis baja yang anda gemar sama ada baja kimia atau baja organik seperti baja kacang, dan baja humus. Elakkan penggunaan tahi ayam kerana banyak masalah seperti koya putih, kutu daun, tompok hitam dan sebagainya muncul.

Apakah kesan selepas menggunakan mikrob dan kultur?

- Anda akan mendapati akar pokok tumbuh dengan sihat, daun yang hijau perlahan-lahan bertukar menjadi hijau, daunnya sayur-sayuran lebih besar dan sihat serta pengguna racun serangga semakin kurang.

Mengapakan kultur lebih mahal dari mikrob?
- Kultur adalah hasil kajian yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya serta penghasilannya memakan masa yang agak panjang serta pemprosesannya amat rumit. Ini ditambah dengan kos import dan penghantaran yang kini melampung tinggi.

Adakah mikrob dan kultur selamat untuk kita semua?

- 100% selamat tanpa memberi sebarangan kesan negatif kepada kesihatan kita.
     Kat bawah ni gambar yg menunjukkan bunga ros yg telah diberikan M&K..kalau tak silap gambar ni dr Ida Rul... tengok basal break @ tunas baru naik tu..menjadi2 kan... :)

     Ni tanaman ros Mak Jah....menjadi sungguh...jeles Mrs JG tengok....

                Ni plak ialah si Vin...nama sebenar tak dapat dikenalpasti...kenal ngan nama fb je..  :)

                   dan ini pulak tanaman sayur & pokok bunga Vin...gemuk2...geram tengok kan.....


Lepas Mrs JG wat komen kat atas tu..si Vin ni pun dengan sukacitanya membuat satu video utk kami semua...cara2 penggunaan kultur & mikrob.....nak tengok cara2 nya..gi la kat sini dan juga sini.