Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Kek Batik


KEK BATIK
Photo: KEK BATIK COKLAT

Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...
Bahan2 :

  • 200gm milo - boleh lebihkan jika suka
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis - boleh kurangkan sedikit
  • Biskut marie secukupnya
Cara:
  • Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali.
  • Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur.
  • Seterusnya masukkan serbuk koko dan kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg.
  • Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  • Susun biskut marie di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat susu, biskut marie lagi,sendukkan adunan coklat.
  • Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis.
  • Masukkan dlm fridge.

Wednesday, April 16, 2014

Kek Coklat Keju Kukus


KEK COKAT KEJU KUKUS
Photo: Kek Coklat Keju Kukus

Bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat :

•170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
•170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - Admin gunakan mentega jenama Farmcows
•3 biji telur gred B
•220g gula kastor
•45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
•1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Keju :

•600g krim keju (pada suhu bilik)
•2 biji telur
•120g gula kastor
•1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
•4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :

Lapisan Coklat :

1.Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
2.Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
3.Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
4.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 

Lapisan Keju :

1.Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
2.Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
3.Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
4.Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 

Cara mengukus :

1.Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
2.Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
3.Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
4.Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
5.Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 

** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.
Bahan-bahan : l


Lapisan Coklat :

•170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
•170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - Admin gunakan mentega jenama Farmcows
•3 biji telur gred B
•220g gula kastor
•45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
•1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Keju :

•600g krim keju (pada suhu bilik)
•2 biji telur
•120g gula kastor
•1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
•4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :

Lapisan Coklat :

1.Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
2.Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
3.Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
4.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.

Lapisan Keju :

1.Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
2.Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
3.Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
4.Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.

Cara mengukus :

1.Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang 8 x 8 x 3 dan sapukan dengan mentega.
2.Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
3.Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
4.Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
5.Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 


Wednesday, February 12, 2014

Kek Swiss Roll

KEK SWISS ROLL
Resipi : Tahrunnisah Jali
 
Bahan B:


  • 3 biji putih telur
  • 2 st gula icing
  • 1 st perahan lemon @ 1 st cream of tartar 
Cara :
  • Putih telur dipukul hingga kental(putih telur ni kalau boleh jangan ada sikit pun kuning telor atau bahan2 lain mcm air ke pada bekas kerana nanti tak jadi merigue).
  • Kemudian masukkan gula aising dan 1 sudu perahan lemon ( cream of tartar) dan pukul hingga bertanduk.
**pastikan bekas bersih dan kering dr apa2 ye...sbb jika ada campuran benda lain nanti hasil tak bertanduk.(merigue)

Bahan A


  • 3 biji telur kuning
  • 80gm tepung gandum (diayak) 
  • 1 st esen vanila
  • 75gm gula kaster
  • 50ml air
  • 40ml minyak jagung
Cara :
  • Pukul telur dan gula hingga kembang.
  • Kemudian masukkan bahan2 lain dan pukul lagi sehingga gebu. 
Cara Membuat Lakaran/ Corak
  • Gliss kan mentega pada loyang pembakar.
  
  • Bahan A dan Bahan B yang dah siap di pukul.
  • Masukkan seseduk bahan B tadi ke dalam bahan A dan guna kaedah kaup balik perlahan2.
  
  • Masukkan ke semua bahan B tadi ke dalam bahan A.
  • Kaup balik biar sekata semuanya.(pastikan kaup perlahan2)
  • Bila sudah sebati dan kelihatan gebu, kaup perlahan2. (jangan terlbih kacau nanti kek jadi padat) 
  
  • Kemudian ambil 2 sudu setiap bahagian dan letak dlm mangkuk kecil.
  • Warnakan dan masukkan dlm plastik mcm gambar diatas.
  • Gliss permukaan loyang dan letak kertas minyak yang permukaan dilukis diterbalikkan ke bawah.
  
  • Dah letak kertas minyak tu. ( *cara saya malas nak lukis balik pada kertas minyak. Kertas A4 yang saya lukis tadi letak di bawah dan letak kertas minyak kat atas kertas A4 tadi.
  • Kemudian gliss semula permukaan kertas minyak tadi dgn mentega supaya kek nanti tak melekat pada kertas minyak.
  
  • Gunting sedikit hujung plastik yang dah diwarnakan dan lukis ikut gambar tadi.
  • Bakar sekejap 1 minit/2 minit pada suhu 170 C api atas bawah. (sblm tu panaskan dulu oven dlm 10 minit baru masukkan loyang)
  • Keluarkan dr oven dan letak lebihan adunan tadi dan ratakan elok2.(pastikan jangan terlalu tebal, dlm 1cm atau 1 1/2 cm sahaja sbb masa bakar nanti kek ni akan naik)
**Lebihan adunan  boleh buat dlm loyang lebih kecil lagi..insyaallah hasil gulungan tak patah.

  

  • Ratakan batter tadi perlahan2 ye.
  • Bakar pada suhu 180 C dlm 12 -15 minit.
  
  • Setelah siap bakar terbalikkan atas redai dan biarkan ia sedikit sejuk.
  • Bila sudah sejuk, tarik kertas minyak tadi perlahan2.
  • Setelah ditarik, terbalik kan pula kek ni atas kertas minyak. (permukaan yg ada bunga2 tu dibawah)
  • Letakkan filling kegemaran masing2.
  
  • Sapukan Nutella sebelum disapu whipping cream yg dipukul kental atasnya dan ratakan.
  
  • Gulung dgn berhati2 dengan menggunakan kertas minyak untk menggulung sambil dipadatkan sikit.
  
  • Gulungkan sampai habis.(lebihan whipping cream yang terkeluar semasa gulungan alihkan dlm bekas lain).
  • Simpan dalam fridge hingga krim keras sedikit supaya cantik bila dipotong.