Showing posts with label Resipi Geng Fb. Show all posts
Showing posts with label Resipi Geng Fb. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Ayam Goreng Berempah

AYAM GORENG BEREMPAH
Resipi Tahrunnisah Jali
Bahan :
  • 1 ekor ayam dipotong kecil  - dibersihkan dan di salut tpg gandum sekejap utk hilangkan hanyir
  • 1 inci halia**
  • 2 biji bawang besar**
  • 5 ulas bawang putih**
  • 7 batang serai**
  • 1 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  • 1 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
  • 1 sudu besar cili kisar 
  • sedikit kunyit (terpulang nak yang segar atau serbuk)
  • garam dan gula sikit (pengganti ajinomoto) nak guna ajinomoto pun terpulang
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telor (dipukul dahulu)
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
Cara :
  • Ayam dibersihkan setelah disalut dgn tpg gandum..
  • Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air ,kisar hingga serai hancur kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur.
  • Dalam bekas satukan semuanya bahan rempah. telur, daun kari dan tpg jagung serta serbuk kari, tambah garam dan sedikit gula.
  • Kemudian masukkan potongan ayam, gaul sebati dan perap selama 1 jam atau lebih.
  • Biarkan ayam tersebut 1 jam ke atas (masukkan dlm peti ais,time nak goreng keluarkan dan goreng) 
  • Panaskan minyak kemudian perlahan api aras sederhana.. (saya goreng dlm periuk sederhana kecil separuh minyak).
  • Masukkan ayam dan goreng sehingga mendpt warna seperti gambar.
  • Toskan ayam ni diatas tisu serap minyak.(insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup shingga ke petang)

Thursday, April 17, 2014

Kek Batik


KEK BATIK
Photo: KEK BATIK COKLAT

Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...
Bahan2 :

  • 200gm milo - boleh lebihkan jika suka
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis - boleh kurangkan sedikit
  • Biskut marie secukupnya
Cara:
  • Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali.
  • Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur.
  • Seterusnya masukkan serbuk koko dan kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg.
  • Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  • Susun biskut marie di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat susu, biskut marie lagi,sendukkan adunan coklat.
  • Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis.
  • Masukkan dlm fridge.

Wednesday, April 16, 2014

Kek Coklat Keju Kukus


KEK COKAT KEJU KUKUS
Photo: Kek Coklat Keju Kukus

Bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat :

•170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
•170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - Admin gunakan mentega jenama Farmcows
•3 biji telur gred B
•220g gula kastor
•45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
•1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Keju :

•600g krim keju (pada suhu bilik)
•2 biji telur
•120g gula kastor
•1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
•4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :

Lapisan Coklat :

1.Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
2.Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
3.Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
4.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 

Lapisan Keju :

1.Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
2.Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
3.Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
4.Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 

Cara mengukus :

1.Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
2.Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
3.Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
4.Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
5.Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 

** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.
Bahan-bahan : l


Lapisan Coklat :

•170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
•170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - Admin gunakan mentega jenama Farmcows
•3 biji telur gred B
•220g gula kastor
•45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
•1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Keju :

•600g krim keju (pada suhu bilik)
•2 biji telur
•120g gula kastor
•1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
•4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :

Lapisan Coklat :

1.Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
2.Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
3.Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
4.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.

Lapisan Keju :

1.Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
2.Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
3.Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
4.Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.

Cara mengukus :

1.Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang 8 x 8 x 3 dan sapukan dengan mentega.
2.Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
3.Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
4.Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
5.Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 


Cara Berlauk



CARA BERLAUK
Photo: Cara Berlauk

Bahan bahan 
- 400gm tepung gandum
- 330 ml air
- 180 gm daging kisar
- 1 bijik bawang besar-cincang
- 4 ulas bawang putih - cincang 
- 200 ml minyak masak
- 1 bijik telur
- 1 sudu besar serbuk kunyit 
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 3 tangkai daun bawang
- 2 tangkai cili merah -cincang
- garam secukup rasa
- acuan kuih

cara cara
- cara nak buat inti- tumis bawang besar dan bawang putih.apa bila tumisan sudah garing ..masukkan serbuk kari , serbuk cili dan masuk kan daging kisar .
-masak sehingga daging empuk , tambah kan garam,taburkan daun kari dan cili merah .biar kan daging sedikit kering 

cara-cara membuat adunan tepung:

1- satu kan tepung, serbuk kunyit ,telur,garam secukup rasa dan masukkan air.pukul sebati dan ketepikan .

2 - panaskan acuan dan sapu dengan minyak gunakan api sederhana .ambil satu sudu adunan dan tuangkan dalam acuan .

3 -seterusnya letakkan sudu kecil inti daging ditengahnya.

4 -taburkan hiasan cili merah hirisan daun bawang biarkan seketika . ambil lidi atau garpu cungkil bahagian tepi acuan, jika kuih mudah tertanggal dari acuan ia bermakna kuih sudah masak 

selamat mencuba
Bahan:
  • 400 gm tepung gandum
  • 330 ml air
  • 180 gm daging kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 200 ml minyak masak
  • 1 biji telur
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 2 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili
  • 3 tangkai daun bawang
  • 2 tangkai cili merah -cincang
  • garam secukup rasa
  • acuan kuih cara
Cara:
Inti:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih.
  • Bila tumisan sudah garing ,masukkan serbuk kari , serbuk cili dan masuk kan daging kisar.
  • Masak sehingga daging empuk , tambah kan garam,taburkan daun kari dan cili merah dan biar kan daging sedikit kering
Adunan tepung

  • Satu kan tepung, serbuk kunyit ,telur,garam secukup rasa dan masukkan air.pukul sebati dan ketepikan.
  • Panaskan acuan dan sapu dengan minyak gunakan api sederhana.
  • Ambil satu sudu adunan dan tuangkan dalam acuan , letakkan sudu kecil inti daging ditengahnya.
  • Taburkan hiasan cili merah hirisan daun bawang biarkan seketika.
  • Ambil lidi atau garpu cungkil bahagian tepi acuan, jika kuih mudah tertanggal dari acuan ia bermakna kuih sudah masak.

Tuesday, April 8, 2014

Rendang Dendeng


RENDANG KETUK @
RENDANG DENDENG 


Bahan2:

  • 1 kg daging - rebus seketul2,dipotong,gorengkn skjp lps tu tumbuk.
  • 4 sb kerisik
  • 1 cwn santan pekat
  • 1/2cwn kicap manis jalen
  • 1 sb cuka
Bahan kisar:
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 3 btg serai
  • 1 1/2 biji bwg bsr
  • 3 ulas bwg putih
Bahan tumis:
  • 2 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bwg bsr
  • 2 ulas bwg putih
Cara:
  • Panaskn lebihan minyak gorengan daging td..tumis bhn tumis smpai naik bau.
  • Masukkn pula bhn kisar.
  • Bila dh pecah minyak,masukkn daging.
  • Masukkn pula kicap,cuka,gula,garam,santan,kerisik.
  • Sesuaikn rasanya ikut selera masing2.

Wednesday, February 12, 2014

Kek Swiss Roll

KEK SWISS ROLL
Resipi : Tahrunnisah Jali
 
Bahan B:


  • 3 biji putih telur
  • 2 st gula icing
  • 1 st perahan lemon @ 1 st cream of tartar 
Cara :
  • Putih telur dipukul hingga kental(putih telur ni kalau boleh jangan ada sikit pun kuning telor atau bahan2 lain mcm air ke pada bekas kerana nanti tak jadi merigue).
  • Kemudian masukkan gula aising dan 1 sudu perahan lemon ( cream of tartar) dan pukul hingga bertanduk.
**pastikan bekas bersih dan kering dr apa2 ye...sbb jika ada campuran benda lain nanti hasil tak bertanduk.(merigue)

Bahan A


  • 3 biji telur kuning
  • 80gm tepung gandum (diayak) 
  • 1 st esen vanila
  • 75gm gula kaster
  • 50ml air
  • 40ml minyak jagung
Cara :
  • Pukul telur dan gula hingga kembang.
  • Kemudian masukkan bahan2 lain dan pukul lagi sehingga gebu. 
Cara Membuat Lakaran/ Corak
  • Gliss kan mentega pada loyang pembakar.
  
  • Bahan A dan Bahan B yang dah siap di pukul.
  • Masukkan seseduk bahan B tadi ke dalam bahan A dan guna kaedah kaup balik perlahan2.
  
  • Masukkan ke semua bahan B tadi ke dalam bahan A.
  • Kaup balik biar sekata semuanya.(pastikan kaup perlahan2)
  • Bila sudah sebati dan kelihatan gebu, kaup perlahan2. (jangan terlbih kacau nanti kek jadi padat) 
  
  • Kemudian ambil 2 sudu setiap bahagian dan letak dlm mangkuk kecil.
  • Warnakan dan masukkan dlm plastik mcm gambar diatas.
  • Gliss permukaan loyang dan letak kertas minyak yang permukaan dilukis diterbalikkan ke bawah.
  
  • Dah letak kertas minyak tu. ( *cara saya malas nak lukis balik pada kertas minyak. Kertas A4 yang saya lukis tadi letak di bawah dan letak kertas minyak kat atas kertas A4 tadi.
  • Kemudian gliss semula permukaan kertas minyak tadi dgn mentega supaya kek nanti tak melekat pada kertas minyak.
  
  • Gunting sedikit hujung plastik yang dah diwarnakan dan lukis ikut gambar tadi.
  • Bakar sekejap 1 minit/2 minit pada suhu 170 C api atas bawah. (sblm tu panaskan dulu oven dlm 10 minit baru masukkan loyang)
  • Keluarkan dr oven dan letak lebihan adunan tadi dan ratakan elok2.(pastikan jangan terlalu tebal, dlm 1cm atau 1 1/2 cm sahaja sbb masa bakar nanti kek ni akan naik)
**Lebihan adunan  boleh buat dlm loyang lebih kecil lagi..insyaallah hasil gulungan tak patah.

  

  • Ratakan batter tadi perlahan2 ye.
  • Bakar pada suhu 180 C dlm 12 -15 minit.
  
  • Setelah siap bakar terbalikkan atas redai dan biarkan ia sedikit sejuk.
  • Bila sudah sejuk, tarik kertas minyak tadi perlahan2.
  • Setelah ditarik, terbalik kan pula kek ni atas kertas minyak. (permukaan yg ada bunga2 tu dibawah)
  • Letakkan filling kegemaran masing2.
  
  • Sapukan Nutella sebelum disapu whipping cream yg dipukul kental atasnya dan ratakan.
  
  • Gulung dgn berhati2 dengan menggunakan kertas minyak untk menggulung sambil dipadatkan sikit.
  
  • Gulungkan sampai habis.(lebihan whipping cream yang terkeluar semasa gulungan alihkan dlm bekas lain).
  • Simpan dalam fridge hingga krim keras sedikit supaya cantik bila dipotong.



Saturday, January 25, 2014

Biskut Lidah Kucing Pelangi


BISKUT LIDAH KUCING PELANGI

Bahan2 :
  • 250g mentega
  • 175g gula kaster
  • 200g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  • 100ml putih telur
  • 1/4 sudu teh emplex
Loyang lidah kucing yg digris dgn mentega..

Cara-cara:

  • Ayak tepung gandum,tepung jagung dan serbuk emplex..ketepikan
  • Pukul mentega dgn gula kaster hingga berkrim.masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  • Masukkan tepung dan kaup balikkan dgn spatula sehingga rata
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna berlainan.
  • Masukkan adunan ke dlm piping bag dgn nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dlm loyang lidah kucing mengikut warna pelangi.
  • Bakar di dlam oven yg telah dipanaskan dahulu pada suhu 150c selama 15 minit. Jgn biarkan atas keperangan kerana akan menenggelamkan warna pelangi.
  • Biarkan sejuk dahulu dan simpan dlm bekas kedap udara.

Sunday, January 19, 2014

Donat Kentang/ Mayonnaise


DONAT KENTANG
Resipi Tahrunnisah Jali

Bahan2:
  • 250 gram tepung gandum
  •  1 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek
  • 1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
  • 2 sb susu tepung 
  • 70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru
  • 1 1/2 sb shortening/marjerin
  • 2 sb gula
  • 1 sb baking powder
  • 1 3/4 st yis mauripan
*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Caranya : (guna mixer)
  • Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan.
  • Kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) 
  • Masukkan shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  • Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik. (Uli selama 20 minit)
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. [saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh.]
  • Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 
  • Bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  • Goreng di dalam minyak panas. (masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus)
  • Angkat dan hias dengan gula atau coklat.



DONAT MAYONNAISE
Resipi Mat Gebu

Bahan2 : 
  • 500 gram tepung roti (tepung gandum)
  • 11 gram instant yeast 
  • 1 biji telur, pukul sedikit 
  • 1/2 camca teh esen vanilla (optional)
  • 50 gram mentega ( 1 1/4 sudu besar)
  • 1 sb shortening @ lemak sayur
  • 2 sb gula halus
  • 2 sb susu tepung @ susu pekat manis
  • 1/2 st garam (boleh gantikan dgn 2 sb mayonis)
  • 190 - 200 ml air suam
  • Gula aising, untuk hiasan ( boleh guna gula halus+nestum+susu tepung - blend)

Cara:
  • Dalam satu bekas besar, masukkan air suam, gula, garam, mentega, shortening, susu dan yeast, biar hingga yeast berbuih. 
  • Ayak 1/2 bahagian tepung dan gaul hingga hingga rata. 
  • Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  • Rehat kan doh 15 minit, canai doh tadi kurang lebih 1/2 inci, jika agak lembut boleh tabur sedikit tepung. 
  • Terap dengan acuan bentuk bulat berukuran 3 inci, alih atas loyang. 
  • Buat hingga siap.
  • Rehat kan 15 - 20 minit dan kemudian goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada semua bahagian, angkat, tos dan sejukkan. 
  • Golek2kan donut dgn salutan kegemaran masing2.

Sardin Rolls



SARDIN ROLLS
Resipi Zaitul Huzaimah


Bahan2 :
  • 500 gm tepung gandum
  • 7 gm yis kering
  • 4 sb majerin @ shortening 
  • 4 sb gula
  • 4 sb susu tepung
  • 1/2 cwn air suam
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
Cara2:
  • Bancuh yis dgn 1/2 cwn air suam dan biar naik buih sekejap.
  • Dalam mangkuk lain, masuk tepug gandum,gula,shortening dan garam gaul rata.
  • Tuang bancuhan yis tadi dan gaul sebati.
  • Kemudian masukan air sedikit2 dan gaul hingga jadi doh dan tak lekat di tangan.
  • Perap 1 jam sampai doh kembang,bila dah kembang tumbuk buang angin dan boleh bentukkan..
  • Timbang 35 gm setiap doh,bulatkan sebelum di rollkan.
  • Canai doh tadi secara memanjang dan dihujung doh tadi lorekkan 3 jalur untuk dapat kan bentuk diatas.
  • Kemudian rehat sekejap smpai doh tadi kembang.
  • Bila dah kembang boleh lah di goreng.
INTI SARDIN

Bahan2 :
  • 1 tin besar Sardin 
  • 1 biji bawang besar di hiris memanjang
  • 3 ulas bwang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • Semua bhn yg bertanda * dimesin halus
  • 3 - 5sudu besar cili giling- nak pedas tmbh 
  • Air asam jawa @ 1 keping asam keping
  • Garam n gula
Cara2:
  • Tumis bhn mesin td masuk cili giling.tumis smpai pecah minyak.
  • Masuk bwg besar kacau sebati.
  • Kemudian masuk ikan sardin tadi dan kacau bgi hancur isinya sikit.
  • Masuk air asam jawa,garam gula.n kacau smpai kuah dia kering sikit.

P/s : Inti sardin perlu ditapis bila dah siap masak utk buangkan minyak sebab bila nak letak dlm doh, minyak akan keluar meleleh jadi tak cantik dan susah untuk digulung.