Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Tepung Ramas Epal


TEPUNG RAMAS EPAL
Bahan2:
Tepung
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula
  • 150 gm tepung
Inti (Filling)
  • 2 biji epal hijau - dikiub kecil
  • 100 gm gula kaster
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 potong nanas - dikiub kecil
  • 40 gm tepung jagung
  • 1 1/2 cwn air
Cara: Inti
  • Masukkan kiub epal dan nanas ke dalam periuk bersama kulit kayu manis, gula dan air.
  • Masak hingga mendidih.
  • Campur tpg jagung dgn sedikit air dan tuang ke dlm periuk, kacau sebati.
  • Tuangkan campuran epal tadi ke dalam loyang, ratakan dan ketepikan.
Kulit
  • Satukan bahan tepung dan ramas dgn tapak tgn hingga menjadi ketulan kecil.
  • Taburkan atas adunan epal di dalam loyang tadi.
  • Ratakan dan bakar pada suhu 180C selama 25 min.

Cucur Udang

CUCUR UDANG
Bahan2:

  • 4 cwn tepung gandum
  • 2 sd teh yis mauripan
  • 1 cwn taugeh
  • 1/2 cwn daun kucai - potong 1 inci -(taugeh & daun kucai letak bnyak lg sedap)
  • 1 sd teh serbuk kunyit
  • Garam, sedikit perasa
  • Udang hidup secukupnya
  • Air secukupnya
Cara :
  • Satu semua bahan hngga sebati kecuali air.
  • Masukan air sikit2 - bancuh seperti nak buat jemput bilis
  • Perap 1/2 - 1 jam
  • Selepas diperap panaskan kuali, setelah minyak panas rendam senduk dalam minyak sekejap, keluarkan senduk masukan adunan cucur udang ke dalam senduk letak 1 ekor udang.
  • Rendam senduk dalam minyak panas hingga cucur tertanggal dari senduk ( kalau lekat guna lidi sate untuk cungkil cucur supaya tertanggal) goreng hingga kekuningan
  • Ulang sampai habis
SOS
  • Cili kering
  • Air
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Garam
  • Cuka
  • Bawang putih
  • 1 sb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air.
Cara :
  • Rebus cili kering bersama air, toskan dan kisar.
  • Panaskan sedikit minyak & tumis 1 bj bawang putih yg diketuk hingga kuning, masukan cili kering yg dikisar tadi & masak hingga mendidih.
  • Masukan gula melaka, gula pasir, garam, cuka & didihkan hingga sos betul2 masak.
  • Masukan bancuhan tepung gandum, sentiasa dikacau, sesuaikan rasa
  • Angkat & sejukan.

Wednesday, April 16, 2014

Sekaya Telur


SEKAYA TELUR

Photo: Resepi Kuih Sekaya Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 biji telur itik (buang mata)
1/2 cawan gula melaka (1/2 keret besar)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan - carik kecil
Garam secukupnya
3-4 bunga cengkih

Cara cara:
Satukan kesemua bahan dan dipukul ringan hingga sebati. Alas loyang dengan plastik. Tapiskan ke dalam loyang saiz 7 inci. 

Masukkan semula beberapa kuntum bunga cengkih tadi. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih dulu.

Masukkan loyang ke dalam periuk pengukus dan kukus dengan api sederhana selama 30 minit.

Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong

Nota:
Sedap dimakan sejuk sejuk sebaik di keluarkan dari peti ais.

Bahan2:
  • 6 biji telur itik (buang mata)
  • 1/2 cawan gula melaka (1/2 keret besar)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan - carik kecil
  • Garam secukupnya
  • 3-4 bunga cengkih
Cara:
  • Satukan kesemua bahan dan dipukul ringan hingga sebati. 
  • Alas loyang dengan plastik. 
  • Tapiskan ke dalam loyang saiz 7 inci.
  • Masukkan semula beberapa kuntum bunga cengkih tadi. 
  • Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih dulu.
  • Masukkan loyang ke dalam periuk pengukus dan kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  • Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong

Nota:
Sedap dimakan sejuk sejuk sebaik di keluarkan dari peti ais.


Kuih Paung



KUIH PAUNG
Resipi Tahrunnisah Jali


Bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 4 sudu besar tpung gandum
  • sedikit garam
  • 2 sudu kelapa parut/kering terpulang nak isi pun boleh tak isi pun boleh
  • 1 cawan air - jgn curah sampai habis nanti lembik..agak2 kalau tak lekat kat tangan tu ok
Cara:
  • Dalam mangkuk campurkan tpg pulut dan tpg gandum, kelapa parut/kering dan garam dan sebatikan .
  • Tuang air sedikit demi sedikit sehingga tak lekat kat tangan (adunan ni tak keras dan tak lembik) mcm nak buat kuih onde2.
  • Tutup kejap adunan ni ngan kain atau plastik supaya adunan tak keras.
INTI SAMBAL IKAN


  • 3 ekor ikan kembung 
  • 2 biji bwang besar (sederhana besar)*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*
  • 1 cawan santan cair
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk halus
  • garam, gula
  • 1/2 cawan kelapa parut - digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan.
Cara:
  • Ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus.(air rebusan jangan dibuang)  dan ambil isi ikan sahaja.
  • Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi dan tambah sikit air rebusan ikan tadi untuk melancakan kisaran.
  • Panaskan 1 sb minyak dlm kuali dan masukkan bahan kisar tadi.
  • Masukkan santan, lada hitam garam gula.masukkan kelapa.
  • Kacau sebati sehingga agak kering dan perisakan garam gula.
Cara :
  • Bulatkan2 doh sebesar kuih onde2/kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh.
  • Leperkan diatas tpak tangan dan isi inti ikan.
  • Tutup adunan dan bulatkan balik dan buat sampai abis adunan.

**Lebihan serunding ikan ni boleh di simpan freezer utk kegunaan akan dtg.(nak buat pulut serunding ikan ke..nak buat nasi kerabu ke..nak buat pulut panggang ke dll)
  • Panaskan minyak dlm kuali (minyak tu kalau boleh biarlah banyak mcm nak mcm cucur pisang) 
  • **Nak tau minyak tu panas atau tidak,cuba letakkan sikit adunan,kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas.
  • Tutup api,biar sekejap dlm 2 minit..masukkan doh2 tersebut dlm minyak tadi (jgn dekat2 kan ye sbb ia melekat nanti)
  • Dlm 2 minit kemudian baru bukak api dapur (api perlahan).
  • Goreng dlm 3 minit api perlahan kacau2 la kuih tersebut.
  • Kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning dan angkat (kalau lama sangat nanti keras).

Cara Berlauk



CARA BERLAUK
Photo: Cara Berlauk

Bahan bahan 
- 400gm tepung gandum
- 330 ml air
- 180 gm daging kisar
- 1 bijik bawang besar-cincang
- 4 ulas bawang putih - cincang 
- 200 ml minyak masak
- 1 bijik telur
- 1 sudu besar serbuk kunyit 
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 3 tangkai daun bawang
- 2 tangkai cili merah -cincang
- garam secukup rasa
- acuan kuih

cara cara
- cara nak buat inti- tumis bawang besar dan bawang putih.apa bila tumisan sudah garing ..masukkan serbuk kari , serbuk cili dan masuk kan daging kisar .
-masak sehingga daging empuk , tambah kan garam,taburkan daun kari dan cili merah .biar kan daging sedikit kering 

cara-cara membuat adunan tepung:

1- satu kan tepung, serbuk kunyit ,telur,garam secukup rasa dan masukkan air.pukul sebati dan ketepikan .

2 - panaskan acuan dan sapu dengan minyak gunakan api sederhana .ambil satu sudu adunan dan tuangkan dalam acuan .

3 -seterusnya letakkan sudu kecil inti daging ditengahnya.

4 -taburkan hiasan cili merah hirisan daun bawang biarkan seketika . ambil lidi atau garpu cungkil bahagian tepi acuan, jika kuih mudah tertanggal dari acuan ia bermakna kuih sudah masak 

selamat mencuba
Bahan:
  • 400 gm tepung gandum
  • 330 ml air
  • 180 gm daging kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 200 ml minyak masak
  • 1 biji telur
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 2 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili
  • 3 tangkai daun bawang
  • 2 tangkai cili merah -cincang
  • garam secukup rasa
  • acuan kuih cara
Cara:
Inti:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih.
  • Bila tumisan sudah garing ,masukkan serbuk kari , serbuk cili dan masuk kan daging kisar.
  • Masak sehingga daging empuk , tambah kan garam,taburkan daun kari dan cili merah dan biar kan daging sedikit kering
Adunan tepung

  • Satu kan tepung, serbuk kunyit ,telur,garam secukup rasa dan masukkan air.pukul sebati dan ketepikan.
  • Panaskan acuan dan sapu dengan minyak gunakan api sederhana.
  • Ambil satu sudu adunan dan tuangkan dalam acuan , letakkan sudu kecil inti daging ditengahnya.
  • Taburkan hiasan cili merah hirisan daun bawang biarkan seketika.
  • Ambil lidi atau garpu cungkil bahagian tepi acuan, jika kuih mudah tertanggal dari acuan ia bermakna kuih sudah masak.