
Ciri2 Suami Abad Ini.... [Buat Encik Jojo Giorgio.... ]
1. Solat fardhu cukup lima waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas..
Boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak,
boleh antar ke tempat keje.
Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau....
3. Ada kenderaan.
Motor kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet.
Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Subang ke Banting..
Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan....
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah.
Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi2 yang lain...
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu.
Tak ada lah sampai menipu kata nak pergi Giant tapi pergi mengorat jiran kampung sebelah....
7. Dia paham kamu, kamu paham dia.
Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk....
8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan orang lain sopan santun gitu...
9. Jenis tak cemburu buta sangat.
Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang tau..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe.
Janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD....
11. Kalau dia jenis diam tak ada lah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain.
Kalau dia banyak bercakap pun tak ada lah sampai dia mengata2 orang lain....
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya solat Maghrib dan Isyak...
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu
sampai terlupa nak tengok bola.
Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang2 kampung....
14. Boleh susah senang bersama.
Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan.
Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi....
15. Jenis senyum sokmo...
16. Tak tengok sangat awek cuns.
Duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cuns.
(Tak cun tak pe, boleh tutup lampu ...kan..kan... )
#UstazAzharIdrus

No comments:
Post a Comment